Saturday, October 27, 2012

Kaabah sekadar sebagai Prop Drama Erma Fatima.....

Satu trend baru dalam  pembikinan drama di Malaysia. Mungkin belum pernah dibuat oleh negara lain adalah menggunakan Kaabah sebagai Prop (Latar belakang) drama. Menjadi kegemaran Erma Fatima untuk membuat pengambaran di kawasan Masjidil Haram.

Baitullah al Haram bermaksud 'Sacred / Forbidden House'  itu sangat mulia dalam Islam. Baitullah dikatakan berada setentang dengan baitul makmur, dimana malaikat sentiasa bertawaf memuji Allah s.w.t  tanpa henti sehingga hari kiamat. Baitullah menjadi impian setiap umat islam untuk sampai bagi menunaikan rukun islam ke lima atau menunaikan umrah. Bersembahyang di Masjid Al Haram mempunyai keberkatan 100 ribu kali berbanding besembahyang ditempat lain. Begitulah hebatnya  Masjid ini. Tiada tempat lain yang lebih mulai dari tempat ini. Tempat ini sangat suci kedudukannya dalam agama Islam dan hendaklah ia dilayan sebegitu rupa.

Mungkin Erma hendak menunjuk kelainan pada drama-dramanya, namun begitu menjadikan Kaabah sebagai satu prop drama merupakan satu yang tidak sesuai dan amat menghina (pada aku). Terus terang aku sebenarnya tidak tahu hukum berlakon didepan Kaabah, tetapi bagi aku sekalipun ia tidak menyalahi apa apa hukum, aku rasa ia sangat tidak sesuai memperolokkan Kaabah yang menjadi lambang paling mulia dalam Islam.

Berlakon adalah satu perbuatan berolok-olok. Menjadikan Kaabah sebagai prop untuk berolok olok bukan sesuatu yang setaraf dengan kedudukan Kaabah sebagai 'sacred', malah merendahkan martabat Kaabah itu sendiri.

Apatah lagi berpegang tangan dan bersentuhan dengan bukan muhrim dalam kawasan Masjidil Haram.Bukankah ia satu yang lebih menghina? Apa yang Erma hendak tunjukkan kepada khalayak Malaysia?  

Niat sangat penting dalam amal ibadat. Ketika aku menjejak kaki kesana, seorang ustaz mengingatkan untuk menjaga niat. Maksudnya kita hendaklah berniat untuk keBaitullah kerana Allah dan bukan kerana untuk berlakon, melancong,  berniaga atau menjadi peminta sedekah (minta-minta hal dunia kepada Allah).

 Malah ketika bertawaf jika kita berubah niat , contohnya tiba-tiba kita berniat untuk mencari isteri yang hilang atau teralih bahu kiri, maka tawaf yang itu terbatal dan kita hendaklah mengulang sekali lagi amalan tersebut. Begitulah perlunya kita menjaga niat.

Bagaimana pula jika niat asal kita ke Mekah untuk membuat sesuatu selain dari beramal kepada Allah?.
Begitulah bila amal dan agama sudah menjadi komoditi dangangan untuk sedikit keuntungan dunia...








Monday, October 15, 2012

Ikhwan dan Salafis adalah Kuda Tunggangan CIA dan Mossad

Amerika yang ditunjangi oleh golongan globalis sebenarnya anti agama, sama ada ia Kristian atau Islam. Golongan Globalis ini juga tahu bahawa Islam dan Kristian mempunyai sejarah pemusuhan yang panjang. Amat mudah untuk menggerakkan peperangan antara Islam dan Kristian.

Golongan Globalis ini lebih takut dengan Islam kerana penganut Islam tidak takut kepada kematian berbanding penganut Kristian.

Pada saat ini golongan globalis ini sangat memerlukan peperangan bagi membolehkan mereka mewujudkan satu sistem baru (New World Order) untuk menggantikan sistem sekarang yang bakal meletup pada bila-bila masa.

Salah satu strategi yang mudah untuk mengelakkan mereka tersungkur adalah untuk menguasai sumber asli negara-negara Islam seperti minyak, air (Libya dan Arab Saudi mempunyai sumber air bawah tanah terbesar dunia -telaga zam zam telah membekal kan air sejak 2000 tahun lamanya tanpa henti) dan mineral. Malah Hillary Clinton pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dunia akan berperang kerana air bersih pada tahun 2050.(klik disini)

CIA dan Mossad tahu bahawa  kelompok demokrasi arab tidak mesra Amerika. Kita dapat melihat kesannya di Tunisia,Libya dan Mesir. Namun begitu CIA dan Mossad tetap juga akan menyerahkan Syria kepada Ikhwan/Salafis. Mengapa begitu? Ini kerana  sebaik sahaja Ikhwan menguasai wilayah wilayah ini dan menunjukkan belang mereka, Amerika akan mendapat sebab untuk memerangi dan seterusnya cuba menguasai wilayah wilayah arab yang dikuasai oleh ikhwan dengan alasan ihkwan adalah kumpulan pengganas Islam (yang sekarang dibantu oleh Amerika untuk menguasai Mesir dan Syria).

Peperangan ini bukan lagi antara negara tetapi berskala global dengan melibatkan faktor-faktor yang kompleks. Hakikatnya umat Islam belum cukup cerdik untuk membaca gerakan terancang yahudi laknatullah ini...

Artikel MASK OF ZION  ini dapat memberi gambaran yang sangat jelas. KLIK DISINI




Thursday, October 11, 2012

PAS Dan Tradisi Bangkang Dari Longkang

PAS masih terbelenggu dengan politik gaya bangkang dari longkangnya. Asal nama pembangkang semua benda hendak dijadikan modal politik sehingga ia menghakis asas kekuatan bangsa Melayu.

UMNO bukan sempurna dan haruslah parti itu di belasah jika ia tidak menjalankan tanggung jawabnya. Sama seperti PAS yang harus dibelasah jika ia tidak menjalankan tanggungjawabnya. PAS dan UMNO sebenarnya alternatif kepada satu sama lain sama seperti MCA dan DAP sebenarnya alternatif kepada satu sama lain. Itu sebab mengapa MCA atau DAP tidak pernah menghancurkan kekuatan bangsa Cina itu sendiri. Jika berkelahi mereka hanya bergaduh atas dasar prinsip, tetapi bila ia melibat kepentingan bangsa mereka bersama-sama mempertahankan hak mereka.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang ditunjuangi oleh UMNO sebenarnya mempunyai beberapa kepentingan strategik jangka panjang yang bukan sahaja menjamin kelestarian bangsa Melayu dan Islam secara jangka panjang tetapi mempunyai nilai strategik terutama dari segi keselamatan negara.

Kita ambil contoh projek RAPID yang dibangkang oleh PAS dan sekutu DAP dan PKRnya. Kalau kita lihat yang banyak menghadiri adalah kaum Cina yang sudah mula mempunyai keberanian untuk bersuara secara melampau.

Projek RAPID Petronas yang ditempatkan di Pengerang sebenarnya mempunyai kepentingan strategik dari segi ekonomi dan keselamatan. Projek tersebut diletakkan di Pengerang dengan sebab-sebab yang tersendiri. Jika projek itu ditempatkan ditempat lain ia tidak akan memaksimakan impak projek tersebut. Tetapi PAS tidak berupaya untuk melihat semua ini dan hanya bangkang  kerana nak membangkang sahaja. Kita harus bertanya kenapa projek-projek industri berat yang berpotensi mengancam nyawa dan alam sekitar jika berlaku bencana diletakkan di Pasir Gudang iaitu  betul betul disebelah Singapura? Begitu juga kita harus bertanya mengapa pelabuhan Scorpene kita diletakkan di teluk Sipanggar di Sabah dan bukan di Terengganu? Atas sebab yang sama juga RAPID ditempatkan di Pengerang.

Kita faham kenapa DAP mahukan projek tersebut dipindahlan ke Kerteh. Mereka adalah anjing suruhan abang besar mereka di Singapura, jadi perjuangan mereka mempunyai kepentingan strategik bagi Republik itu.



Begitu juga apa yang dikatakan sebagai Projek IC di Sabah dan Kelantan. Mengapa Malaysia memilih untuk memberi kerakyatan kepada sekumpulan manusia yang tidak jelas kewarga negaraannya di sempadan Malaysia , Indonesia, Filipina dan Thailand?

Orang-orang yang diberi kewarganegaraan ini bukan warga negara Filipina, Indonesia atau Thailand. Mereka adalah sekumpulan manusia yang tidak diiktiraf kewarga negaraanya oleh ketiga-tiga negara tersebut (sama seperti Rohingya di Bangladesh dan Myanmar). Indonesia, Thailand dan Filipina tidak mahu bertanggungjawab keatas mereka ini. DiSabah terutamanya mereka ini adalah Sea Gypsy yang hidup secara nomad.

Sebenarnya soalan yang sama boleh kita tanyakan kenapa Singapura memberi kerakyatan dengan mudah kepada Cina Malaysia dan Indonesia dan tidak kepada kaum lain dari negara ini? Semua ini dibuat  demi kepentingan strategik jangka panjang.

Kita berikan satu misalan seperti berikut,  pada tahun 2061, Singapura dengan sokongan kuasa barat,  menawan Malaysia disebabkan pertikaian air dan sumber semula jadi ( Perlu diingat Hillary Clinton pernah menyuarakan pandangan bahawa dunia akan berperang kerana bekalan air bersih pada tahun 2050 ). Kerana ramai rakyatnya pernah tinggal di Malaysia dan masih mempunyai kaum keluarga di Malaysia, bukankah mudah Singapura meletakkan mereka ini sebagai pentadbir tanah jajahannya?

Penulis tidak akan membincangkan secara panjang nilai strategik pemberian IC ini, cukup kalau kita katakan tindakan itu mempunyai nilai strategik dari segi keselamatan dan ekonomi yang akan menguntungkan Malaysia secara jangka panjang. 

Pada tahun 2050, Malaysia perlu mempunyai jumlah penduduk yang cukup besar begi menandingi ekonomi Indonesia (yang dijangka akan menjadi ekonomi gergasi dunia), Filipina (dijangka akan mengatasi ekonomi Malaysia pada tahun 2050) dan Thailand. Tanpa sumber modal insan yang cukup kita tidak akan mampu bersaing kerana Indonesia tidak akan lagi membekalkan tanaga buruh murah kepada Malaysia.

Apakah PAS nampak ini semua ? 


Kedudukan ekonomi pada tahun 2050 mengikut jangkaan HSBC
1) China (+2)

2) U.S. (-1)

3) India (+5)

4) Japan (-2)

5) Germany (-1)

6) UK (-1)

7) Brazil (+2)

8) Mexico (+5)

9) France (-3)

10) Canada (same)

11) Italy (-4)

12) Turkey (+6)

13) S. Korea (-2)

14) Spain (-2)

15) Russia (+2)

16) Philippines (+27)

17) Indonesia (+4)

18) Australia (-2)

19) Argentina (2)

20) Egypt (+15)

21) Malaysia (+17)

22) Saudi Arabia (+1)

23) Thailand (+6)

24) Netherlands (-9)

25) Poland (-1)

26) Peru (+20)

27) Iran (+7)

28) Colombia (+12)

29) Switzerland (-9)

30) Pakistan (+14)


Monday, October 8, 2012

160 New Species Found On Malaysian Peak



About 160 new species have been discovered on a mountain in Borneo, researchers reported Thursday.

Fungi and spiders dominate the new species on Mount Kinabalu, the Malaysian and Dutch researchers said, but there are also new beetles and snails on the creature list and ferns on the plant list.

A frog the researchers found may also prove to be new once DNA testing is done, they said.
“While the detailed scientific work will take years, we already know that many of these species are new to science,” researcher József Geml said in a press release.


The discovery of new species is always one of the most exciting things for me to read about. It’s amazing to take a look at some mysterious creature, and know that just a short time ago no one knew it existed.  Beuatiful.