Monday, July 30, 2012

UMNO Dikuasai Oleh Bijak Pandai Yang Tidak Kompeten...

Lawak Logo Hari Kebangsaan ke 55 yang amatur serta lagu tema yang dicedok dari lagu pemujaan Kristian menyerlahkan satu kelemahan besar UMNO. Ia kuasai oleh golongan bijak pandai yang tidak kompeten , terlalu selesa dan terpisah jauh dari realiti sebenar.

Apabila sesuatu kerja tidak dibuat  berasaskan prinsip dan dasar sebenar tetapi dibuat atas  keinginan untuk menghiburkan hati sendiri maka hasilnya amat jelas tidak professional.

Seorang menteri propaganda yang berkelulusan Doktor Falsafah melakukan kesilapan yang dibuat oleh budak baru keluar Universiti amat memalukan. Seorang yang kononnya berbudaya tinggi kini terserlah sebagai fakers.

Maka ada benarnya dakwaan pihak pembangkang bahawa kerajaan kita dikuasai oleh kumpulan aristokrat yang tidak kompeten. Amat memalukan. Disaat UMNO sedang menghadapi kesukaran untuk bernafas, Rais Yatim mengeluarkan kentut yang toksik!. One joke after another. Selepas kantoi dengan NFC, Sistem Saraan Baru dan kini Sambutan Hari Merdeka. Jika inilah kualiti Jemaah Menteri Kita maka satu hari negara ini akan terjual.

Manusia yang konon serba pandai dan serba tahu ini sebanarnya hanya hebat dalam kerja-kerja membakar jambatan rupanya...


No comments: