Friday, July 20, 2012

'Zero Sum Game' Oleh PAS

Beberapa waktu yang lalu ketika sedang berbual-bual kosong dengan anak ku yang berumur 12 tahun beliau telah menanyakan satu soalan yang membuat aku bungkam seketika. Tanyanya mengapakah Islam akan jadi agama asing sedangkan ada ramai orang Islam sekarang ini?


Adakah Islam akan jadi asing secara tiba-tiba sahaja atau ia berlaku secara progressif sehingga satu ketika agama islam berevolusi menjadi satu makhluk baru yang sehingga kalau dibangkikan sahabat-sabahat Rasulallah kedunia ini semula mereka tidak akan dapat mengenal Islam yang diamalkan pada waktu itu dengan Islam yang dibawa oleh RasulAllah? sama seperti agama kristian yang mendatangkan theori Isa anak Allah 200 tahun setelah kewafatan beliau. Kristian ditafsir sesuka hati sehingga agama itusehingga ia  berevolusi menjadi sesuatau yang asing berbanding apa yang diajar oleh Nabi Isa Alaihissalam?


Menonton video Nik Abduh yang mendakwa Allah memerintahkan oleh PAS untuk menawan Putrajaya meyakinkan aku bahawa tangan-tangan inilah yang akan menjadikan agama Islam asing suatu ketika nanti.


Agama kristian dibenci dan ditinggalkan oleh penganutnya apabila ketua-ketua agama mereka mendakwa perbuatan mereka mendapat restu atau arahan tuhan-tuhan mereka dan sesiapa yang menentang mereka akan menjadi kafir dan dibakar hidup-hidup. Banyak cerdik pandai ahli fikir mereka dianggap kufur  dan menempah maut dibakar hidup hidup. Itu berlaku sewaktu zaman kegelapan mereka dan kini mereka berusaha menjual agama mereka sebagai agama kasih sayang...


Kini cerdik pandai (atau mengaku sebagai cerdik pandai)  agama kita mula mentafsir ayat-ayat al quran mengikut hawa nafsu tanpa mengambil kira kesan jangka panjang terhadap Islam itu sendiri.


Apakah kesan dari kenyataan "ALLAH MEMERINTAHKAN KITA UNTUK MERAMPAS PUTRAJAYA"?


Kesannya akan menjadi begini...


MEMANDANGKAN ALLAH TELAH MEMERINTAHKAN PAS MERAMPAS PUTRAJAYA MAKA MENJADI KEWAJIBAN SETIAP ANGGOTA PAS (BAGI ISLAM YANG MEMAKAI BAJU BIRU MEREKA SUDAH DIANGGAP SYAITAN..) UNTUK MERAMPAS PUTRAJAYA .


Apa apakah berlaku jika PAS gagal merampas Putrajaya pada PRU 13? mungkinkah PAS akan mengangkat pedang (seperti yang ditarybiyahkan kepada kader-kader terpilih mereka) memandangkan  merampas PUTRAJAYAsudah menjadi ARAHAN ALLAH.


Tanda tanda sudah ada menunjukkan ada orang yang sanggup mati demi untuk merampas Putrajaya. Hakikat kematian ini tidak berapa lama sesudah Nik Abduh menyampaikan firman Allah bahawa PAS diarahkan merampas Putrajaya tidak boleh dikesampingkan.


Kenyataan Nik Abduh tidak boleh dipandang ringan oleh pemenrintah kerana kenyataan ini akan memberi impak yang sangat besar kepada umat Islam di Malaysia kerana bagi yang tidak menyokong mereka sudah dianggap syaitan berbaju biru.


PAS sudah memulakan satu fasa baru dalam perjuangan mereka. Mereka kini sudah mengambil pendekatan zero sum iaitu menang semua atau kalah semua.


Tapi bagi aku pendekatan tanpa kompromi macam ini hanya akan membuat kita menang jadi abu kalah jadi arang. Tapi bagi yang mabuk kuasa, mereka tidak akan nampak ini semua. Kalau aku katakan zuhud zuhud PAS yang memandu Mercedes dan Honda Odyssey ini sekumpulan dengan Ayah Pin dan Kerajaan Langit  tentu banyak yang marah. Tetapi itulah hakikatnya kini, mereka yang menjual ayat-ayat Allah dianggap suci dan tidak lekat dosa.


Seseorang perlu bertanya Nik Abduh mengapa Allah tidak memerintahkan Hamba-hambanya merampas kuasa ketika   konco-konconya Yazid menetak kepala Husin di Karbala kerana akibat kejadian tersebut menyebabkan Islam terpecah dua dan perpecahan itu tersangat dahsyat akibatnya kepada Islam?


Malangnya tidak ada arahan diturunkan maka sampai hari ini kesannya dapat kita lihat. Apa kena mengena dengan Nik Abduh? 


Sebab Allah tidak pernah melantik orang seperti Nik Abduh untuk memelihara Islam. Allah sendiri memelihara agamanya. Orang seperti Nik Abduh memecahbelahkan umat Islam.


Allah maha berkuasa, jika Allah ingin mengambil alih Putrajaya sekelip mata ia boleh berlaku


So Leave ALLAH out of your greed for power!
























No comments: