Beberapa minggu yang lalu Syria digegarkan dengan satu letupan yang membunuh bebrapa pegawai utama rejim Bashar Al Assad. Letupan besar ini disyaki didalangi oleh Arab Saudi dan Turki dengan bantuan CIA dan Mossad.
Objektif utama adalah untuk melemahkan rejim Bashar Al Assad dengan pembunuhan pegawi-pegawai yang merupakan nadi kepada rejim. Namun begitu sesuatu yang diluar jangkaan berlaku, Rejim Bashar bukan sahaja tidak runtuh sebaliknya bertindak balas dengan melakukan sesuatu diluar jangkaan.
Beberapa hari yang lalu Ibu Pejabat Perisikan Arab Saudi diletupkan oleh sekumpulan penyerang misteri. Letupan ini mencederakan beberapa pegawai utama Agensi Perisikan Arab Saudi. Apa yang tidak di umumkan adalah letupan itu turut mencederakan Putera Bandar Bin Sultan ketua perisikan Arab Saudi. Dikhabarkan beliau baru sahaja menghembuskan nafas terakhir akibat kecedaraan yang beliau alami.
Jika kita masih ingat (pada yang dah tua macam aku...), Putera Bandar merupakan angkaswan Arab Saudi yang pertama macam Sheikh Muzaffar kita juga. KEmatian beliau merupakan satu tamparan hebat kepada Arab Saudi yang membiayai pemberontak Syria. Ia juga memberi isyarat bahawa Syria bukan Libya yang boleh dikotak katikkan sesuka hati.
Arab Saudi dengan wang yang melimpah ruah dengan bantuan dan sokongan teknologi CIA dan Mossad tidak mampu menghalang serangan balas Syria (mungkin dibantu oleh Iran). Ini menunjukkan jika berlaku perang besar-besaran, perang tersebut akan segera menyambar Arab Saudi dan negara Teluk yang lain dengan mudah.
Satu lagi tindakan mengejutkan adalah apabila Syria memberi kuasa autonomi kepada puak Kurdish yang mendiami wilayah Syria. Kaum Kurdish sudah lama membenrontak di Turki dan Iraq untuk menubuhkan sebuah negara Kurdish. Tindakan ini akan menyusahkan Ankara yang cuba menghalang wilayah mereka dari menjadi sebahagian negara Kurdish.
Kesimpulannya perang di Timur Tengah semakin hari semakin tidak dapat dielakkan...
http://www.presstv.ir/detail/2012/07/31/253594/new-saudi-spymaster-killed-report/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment