Melihat betapa berlumba-lumbanya PAS dan UMNO untuk menunjukkankan betapa liberalnya mereka pada pengundi-pengundi bukan Islam, aku tidak terkejut jika tidak lama lagi perbuatan MURTAD akan dihalalkan oleh salah satu dari kumpulan ini.
Langkah sudah dimulakan oleh sebuah Majlis Agama dengan mengaharamkan bacaan Alquran menggunakan pembesar suara di Masjid sebelum azan Subuh. Bayangkan jika larangan ini dibuat oleh Negeri-Negeri yang diperintah oleh UMNO, maka berkokoklah puak-puak lagi satu yang lebih Islam dari yang satu lagi. Begitulah halnya apabila Islam hanya komoditi politik semata-mata.
Sejak dahulu lagi UMNO tidak mempunyai keazaman politik untuk membenteras MURTAD, mereka lebih senang membiarkan isu ini disapu dibawah permaidani. Kini PAS yang suatu ketika pernah datang dengan undang-undang anti murtad pula mengambil langkah menutup mata dan telinga dengan berdalih dalih . Mereka bukan sahaja bersekongkol dengan peguam-peguam yang memperjuangkan murtad malah dalam kes DUMC meminta bukti-bukti dari kedua-dua JAIS dan DUMC ( dengan itu secara tersiratnya merendah-rendahkan JAIS). Agaknya adakah DUMC akan mengaku mereka berak di tengah jalan?
Sikap lepas tangan PAS dan UMNO memberi isyarat kepada puak-puak ekstremis kristian bahawa mereka kini sudah boleh 'demand'. Secara hakikinya apabila seorang muslim menukar agama kepada Kristian, mereka pada waktu itu adalah pengikut Kristian dan berhak mendapat perlindungan dibawah kebebasan beragama. Malaysia tidak mempunyai sebarang peruntukan untk menghukum sesiapa yang Murtad, jadi tiada asas undang-undang untuk menghukum sesiapa si murtad!.
Setakat ini kita hanya bergantung kepada kontrak sosial yang dipersetujui ketika pembentukan Negara Malaysia, namun begitu kontrak sosial ini tidak lebih dari MOU sahaja dan boleh dipinggirkan bila-bila masa. DAP malah tidak pernah secara tersurat atau tersirat memperakuinya.
Perlahan-lahan kita sedang menuju kepada Pluralisma Agama pegangan Anwar Ibrahim. Tetapi ini semua perancangan ALLAH, kita pun tahu bahawa bukan PAS atau UMNO yang menjaga Agama Allah sebaliknya Rabbul Alamin sendiri. Pernah aku mendengar pesan seorang guru, jika kita tidak menjaga amanahNYA, maka dia akan melantik kaum lain untuk menjaga amanahNYA.
Bayangkan ketika Abdullah Badawi mencadangkan penubuhan Interfaith Commission, bukan main lagi PAS berkokok, kini tanpa Interfaith Commissionpun, mereka telah mencapai matlamat mereka.
Salam untuk KPP Bahagian Penguatkuasaan JAIS yang kini ditekan oleh tangan-tangan hitam...
No comments:
Post a Comment