Aku sebenarnya tidak terkejut sangat dengan polemik terbaru yang dicipta Mat Sabu yang mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia. Ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian..sebenarnya itulah sifat mereka dari dahulu lagi. Sifat ini juga dikongsi dengan hebat oleh DAP. Jika anda tidak tahu ada monumen khusus yang mengagungkan pejuang-pejuang komunis didirikan di Nilai satu ketika dahulu. Perkara ini tidak akan terhenti selagi mereka merasa mereka akan berkuasa.
Cuma ingatan aku bersedialah untuk belajar sejarah yang telah akan ditulis semula jika mereka memenangi PRU 13. Aku harap dalam pada PAS memuji-muji sabahat mereka bintang tiga itu, PAS perlu sedar bahawa Bintang Tiga tidak pernah mengagungkan ketuhanan dalam menifesto mereka.
PAS kini telah memulakan peperangan ideologi tahap ke dua. Jika dahulu PAS melabel diri mereka sebagai Parti yang membawa bendera Allah, namun sehingga kini mereka belum berjaya memenangi hati dan jiwa rakyat Melayu secara total. Malah secara jujurnya perjuangan mereka hanya melalui retorik sahaja tanpa sebarang pengisian dari sudut ekonomi, pentadbiran ta pendidikan.
Kini mereka mempersoalkan sejarah Tanah Melayu. Sejarah yang mereka tiada apa-apa peranan didalamnya. Demikian mereka tidak kehilangan apa-apa jika mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis dari perspektif British. Jika mereka berjaya UMNO akan hilang tapak untuk melaungkan hak mereka sebagai pemegang panji-panji Ketuanan Melayu.
Sebenarnya tindakan Mat Sabu amat bijak, sebagai seorang yang hanya berpendidikan menengah rendah, Mat Sabu sebenarnya menggoncangkan asas kepercayaan yang selama ini disemai dijiwa seluruh rakyat Malaysia. Jika UMNO tidak berbuat apa-apa untuk 'counter' serangan pemula Mat Sabu, banyak yang UMNO akan hilang jika kepercayaan yang disemai oleh Mat Sabu menjadi kepercayaan perdana dikalangan rakyat Malaysia.
Secara jujur aku melihat UMNO sebenarnya terlalu banyak tidur dan mengharapkan UTUSAN MALAYSIA sahaja terkial-kial memperjuangkan ketuanan Melayu. Mungkin usia yang semakin tua dengan pemimpin yang gemuk-gemuk dan kekenyangan menyebabkan mereka malas untuk bangun melawan.
Ada banyak interpretasi kepada sesuatu peristiwa, bagi Mat Sabu, Mat Indera bukan menerangi orang Melayu, sebaliknya menentang anjing-anjing British yang kebanyakkanya Melayu. Bintang tiga tidak pernah memperjuangkan Tanah Melayu yang merdeka sebaliknya lebih kepada untuk menegakkan sebuah nagara komunis seperti manifesto Mao Tse Dong.
Orang-orang Melayu pula tidak punya banyak pilihan kerana seperti biasa orang-orang Melayu bukan pemikir atau pejuang yang hebat, sebaliknya hanya sekerat dua sahaja yang mempunyai visi.
Ada banyak naratif kepada sesuatu peristiwa, naratif Mat Sabu tentulah selari dengan pegangan rakan sekatilnya. UMNO perlu melihat ini sebagai ancaman yang harus diperangi jika mereka ingin terus memegang panji-panji kuasa.
Jika PAS memenagi naratif ini, maka naratif seterusnya adalah kaum Melayu bukanlah bumiputera diTanah Melayu sebaliknya hanyalah kumpulan pendatang dari Indonesia, oleh yang demikian tidak perlu ada status dan taraf yang berbeza bagi kaum ini. Sekali lagi PAS tidak rugi apa-apa kerana mereka adalah 'religous base'.
Hal-hal ini telah diperdengarkan kepada kita sekali-sekala oleh DAP, MCA dan Gerakan.
Jika naratif ini pun dimenangi oleh mereka maka bersedialah untuk menerima hakikat bahawa UMNO akan diharamkan dan Malaysia mungkin akan bertukar kepada Republik Malaysia...
'Far Fetch?'.....
Salam kepada UMNO yang Tidur...
Sunday, August 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment