Pasal tu JAIS tak bagi mu tazkirah....
Menolak kewajipan sembahyang memang isu akidah dan sesiapa yang menolak kewajipan sembahyang maka terkeluar dia dari islam (Murtad ) tiada isu disitu.
Walaupun ada ulamak menghukum meninggalkan sembahyang dengan sengaja kerana malas (tetapi tidak menolak hukum wajib sembahyang ) sebagai terkeluar dari Islam, tetapi pendapat itu minoriti, jumhur ulamak merumuskan sebagai fasik dan berdosa besar. Oleh itu Tuan Guru Bob Lokman haruslah berhati-hati dalam menjatuhkan hukum kerana ALLAH lebih mengetahui.
Kalaupun benar mereka murtad, bukankah mereka sentiasa boleh masuk PAS dan diampunkan oleh pemimpin PAS yang boleh bagi syafaat? Bukankah Tuan Guru Bob sendiri pernah murtad kerana meninggalkan sembahyang dengan sengaja tetapi sekarang telah bertaubat? Maknanya yang berulang alik dari Ulu Tiram ke Jurong mempunyai peluang yang sama macam Tuan Guru, bukan kah begitu?
Jadi biarkan Allah menjalankan urusannya terhadap hambanya... tak usah mudah-mudah menghukum manusia yang kita tidak tahu sama ada mereka berhenti sembahyang dimana kerana itu urusan mereka dengan tuhan mereka.
No comments:
Post a Comment