Saturday, April 23, 2011

PAS Harus Menjadi Suara Alternatif Melayu Sebenar

Apapun langkah PAS dalam menetukan arus prejalanannya selepas ini sama ada terbukti atau tidak Anwar adalah lelaki Y yang DNAnya terdapat dalam dubur Saiful atau lelaki X yang membalun China Doll selama 20 minit itu, hakikatnya PAS harus menjadi wadah alternatif kepada umat Melayu dan bukan sebahagian dari UMNO.

Kita tahu PKR tidak mempunyai fasafah perjuangan yang jitu, Ketuanan Rakyat bukan falsafah yang mendasari perjuangannya. Ketuanan Rakyat hanyalah 'afterthought' sebagai glua-gula untuk berhadapan dengan Ketuanan Melayu UMNO. PKR akan berkubur sebaik sahaja Anwar terkubur samaada secara poliitk atau secara fizikal.

Tetapi PAS sebenarnya mempunyai falsafah dan pegangan politik yang mampu menyelamatkan umat Melayu disaat UMNO tersungkur nanti. PAS jangan terlau memikirkan untuk menang atau untuk memerintah negara. Hari itu akan datang sendiri jika PAS telah bersedia dari segi rihanhi dan jasmani. PAS tidak perlu terburu-buru sebaliknya memperkuatkan semua aspek yang perlu dalam memenuhi falsafah perjuangannya. Jangan korbankan falsafah itu hanya kerana mahu menjadi 'junior partner' pada UMNO.

PAS perlu berdiri sendiri jika perlu.
PAS harus menjadikan Ikhwan Musilimin di Egypt atau Hezbollah sebagai model perjuangannya. Perjuangan PAS kini terlau terhad kepada aspek poitik semata-mata. PAS tidak mempunyai jaringan ekonomi untuk menjadikan ia gagah dan berupaya menawarkan pilihan alternatif yang lestari kepada umat Melayu. Disinilah kekurangan PAS, kita lihat kecepatan DAP menyambar peluang ekonomi di Selangor kerana DAP memang disokong malah mempunyai jaringan ekonomi yang kuat. PAS sebaliknya terpaksa memberi peluang ekonomi kepada kontraktor Melayu dari UMNO (kebanyakan mereka penyokong PAS secara senyap!) kerana PAS tidak mempunyai jaringan ekonomi yang kukuh.

PAS tidak perlu bimbang atau terburu-buru untuk menyambar peuang memerintah negara kerana peluang itu akan tiba akhirnya. Sikap terlalu ingin memerintah menyebabkan PAS kini diihat tidak lebih sebagai kuda tunggangan yang rela mengorbankan prinsip demi melihat kesatuan PR dapat diteruskan. Ini sesuatu yang tidak dibuat oleh DAP.

No comments: