Sunday, December 12, 2010

Dah Tahu DiPerangkap Masuk Juga

Begitulah keadaanya..Dah tahu diperangkap siRusa ni masuk juga dalam perangkap..bukan sekali tetapi dua kali. kalau begitu hakikatnya layakkah beliau diangkat menjadi pemimpin?

Sewaktu dia dituduh kali kedua dahulu, aku tertanya-tanya malah ada aku sebutkan dalam entri aku, mengapa tidak tukang pembancuh kopi diangkat dari perempuan tua-tua ganyut? supaya tidak menimbulkan fitnah? Aku tak tahu sama ada beliau terlalu yakin dengan dirinya atau tidak mampu mengawal nafsunya?

Dalam politik sesiapa pun ada musuh, mana-mana ahli politik pun akan berdepan dengan tindakan yang mahu menjatuhkanya, cuma berapa bijak beliau menangani musuhnya sahaja..nampaknya Rusa ni naif sekali. Jika musuh poltik dalaman boleh memerangkap beliau, bagaimana agaknya beliau dapat menangani CIA dan MOSSAD. Jika beliau menjadi PM bukankah beliau mendedahkan dirinya kepada ugutan dan akan menjadi kuda tunggangan MOSSAD sahaja?

Cuma akau harap NAJIB tidak terlalu gembira kerana kita belum lagi melihat komen-komen kedutaan luar tentang Al Tantuya atau tentang betapa berkuasanya Wanita Pertama negara...


No comments: