Wednesday, December 1, 2010

Anugerah Tuhan...

Anda tanyalah pengikut tegar mereka-mereka ini terutama isteri atau isteri-isteri mereka , pastilah mereka menjawab bahawa pemimpin atau suami mereka mereka adalah anugerah TUHAN kepada mereka....

1. Mirza Ghulam Ahmad
2. Abuya Ashaari Muhammad
3. Ayah Pin
4. Adolf Hitler
5.Saddan Hussein
6. Pinochet
7. Robert Mugabe
8. dll


ada beribu ribu lagi senarai insan yang menjadi 'anugerah' TUHAN kepada dunia. Namun anugerah TUHAN tersebut bukan semestinya manusia yang berjiwa 'malaikat', anugerah tersebut boleh juga merupakan manusia berjiwa 'syaitan'. Kerana semuanya adalah ujian kepada dunia. TUHAN mencipta kejahatan dan kebaikan sebagai ujian kepada kita. Tugas manusia adalah memilih jalan-jalan yang telah ditunjukkan kepada kita oleh Kitab dan Rasul-Rasulnya.

Didalam memilih jalan inipun kita masih boleh disesatkan oleh kumpulan-kumpulan manusia yang memakai topeng kebenaran dan melaungkan slogan -slogan yang enak didengar oleh telinga. Kumpulan-kumpulan berjubah hijau itu belum tentu boleh membawa ke jalan yang benar. Malah tiada kumpulan dibumi yang fana ini boleh menjamin sesiapa masuk syurga TUHAN.


Jadi sebagai manusia yang lemah kita berhati-hatilah dengan mereka yang merasakan diri mereka 'ANUGERAH TUHAN' kepada DUNIA!.

Salam sejahtera untuk suami ANUGERAH...







No comments: