Aku sebenarnya dengan sengaja memilih untuk tidak menulis tentang politik Malaysia kerana aku amat kecewa dengan situasi dan cara berpolitik di Malaysia apabila kebanyakkan ahli politik dan pendukung-pendukung masing-masing memilih untuk berpolitik dengan cara yang amat memualkan.
Meskipun kumpulan masing-masing mempunyai falsafah perjuangan yang tersendiri. falsafah yang molek dan mulia jika dilihat pada perlembagaan masing-masing namun pada hakikatnya ia telah tenggelam oleh kemabukan untuk berkuasa. Semua nilai-nilai yang mulia yang di perjuangkan (kononnya) tenggelam oleh keinginan untuk bekuasa.
Masing-masing kini menabur fitnah dan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan tanpa fakta sehingga pada satu peringkat kita tidak tahu siapa yang hendak kita percaya. Tidak ada sesiapa yang terkecuali.
Kini pergeseran ini sudah mula melibatkan pihak-pihak yang dahulunya kelihatan berkecuali dan sepatutnya terasing dari percakaran ideologi. Kini akibat sikap tidak hormat kepada sesiapa kecuali kepada kehendak dan kumpulan sendiri, maka percakaran ini akhirnya akan menjadi punca kepada perpecahan yang kekal.
Sikap taksub dan tidak terbuka kepada perbezaan pendapat akan menyebabkan keruntuhan nilai-nilai sosial. Kini tidak ada lagi ahli politik yang bersifat budiman. Tidak ada lagi ahli politik yang mementingkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan sendiri.
Kini kita ada banyak ahli politik yang tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat sebaliknya menanam bibit perpecahan dan resah gelisah. Kita sudah menghampiri cara berpolitik benua afrika, dimana sesiap yang tidak bersetuju akan dihapuskan tanpa belas kasihan.
Malang sekali kerana kita semua akan jatuh kedalam gaung jika semua ini tidak berubah...
Salam untuk yang resah gelisah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment