Aku tersenyum dengan kontroversi seorang blogger yang terkenal yang mendakwa dia di beri RM 4 juta untuk menjalankan satu aktivtiti perang saraf bagi menimbulkan persepsi buruk kepimpinan Pak Lah.
Hakikat bahawa ada pihak sanggup membazirkan sebegitu banyak wang untuk mewujudkan persepsi yang memang sudah menjadi persepsi umum. Sudah terang lagi hendak disuluh.
Sekarang ini Kumpulan ini sedang menghadapi masalah persepsi akibat blogger upahan mereka kini sudah berpaling tadah. Jika dahulu blogger ini diberi empat juta untuk bekerja bagi pihak yang satu itu, ada kemungkinan juga kini beliau juga diberi peruntukkan untuk memjalanakan satu gerak saraf bagi melemahkan pihak yang pernah menggajinya..tak gitu?
Aku terfikir juga berapa juta agaknya dibelanjakan untuk menimbulkan persepsi buruk tehadap Datuk Seri Najib? agaknya siapakah pula yang diberi peruntukkan berjuta-juta untuk menjalanakan perang saraf sebegini?
Dalam tulisan terbaharu beliau, beliau mendakwa seorang exco kanan kerajaan PAS Kelantan ada membacakan hadis yang yang membawa maksud boleh memfitnah musuh jika ia dilakukan untuk kebaikan...wah kalau macam tu Machiavelli pun akan tabik dengan exco ini.
Blogger tersebut juga di tarbiahkan dengan kisah Nabi Hidir yang melakukan perkara diluar kebiasaan. Maknanya boleh melakukan kerja diluar batas kebiasaan untuk melemahkan musuh...Setahu aku nabi Hidir melakukan perkara-perkara kerana ketinggian ilmu laduni beliau ...Wah banyak sungguh Nabi Khidir Dalam PAS...
Kalau begitu satu perkara yang aku belajar..banyak benda boleh dihalalkan dalam Islam jika tujuannya betul..begitukah?
Sekali lagi Machiavelli tertawa bergolek2 dalam kuburnya....
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment