Hari ini ada berita tersisip di NST dimana Dato' Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pegawai tentera yang menjual maklumat kepada kedutaan negara asing untuk sedikit bayaran akan diambil tindakan. Beliau mengingatkan lagi Military Intelligence memantau pergerakan mereka.
Nampaknya kita tidak berpuas hati dengan sekadar menjual ayat-ayat Al Quran sahaja. Kita kini sanggup menjual maklumat keselamatan negara untuk sedikit keuntungan. Pak Menteri hanya memberi amaran kosong sahaja. Begitulah halnya dengan negara yang sudah semakin rosak dan rapuh.Pada pendapat aku mereka yang menjual maklumat negara seharusnya dikesan dan dilupuskan oleh pihak MI tanpa banyak soal. Tidak ada soal keadilan dan pembelaan kepada yang membahayakan keselamatan negara.
Diakhbar yang sama beberapa lagi pegawai Pejabat Tanah dihadapkan ke mahkamah kerana menerima sogokan. Ini lebih parah kerana kita menjual maruah kita sebagai seorang Islam dengan sedikit keuntungan.
Adalah sesuatu yang sukar untuk kita nafikan bahawa 90% orang -orang yang menerima sogokan adalah orang Melayu Islam, sedangkan agama Islam melarangkan kita menerima atau memberi sogokan. Tentu ada yang bermulut gatal akan segera menuduh UMNO punya kerja, tetapi dari pengalaman aku lebih 50% pegawai kerajaan adalah penyokong pembangkang. Jadi aku andaikan sebahagian mereka juga adlah penyokong pembangkang. Jadi ini bukan soal poltik atau apa, ini adalah soal pokok dimana masyarakat tanpa kira umur dan jantina sudah menganggap menerima rasuah sebagai sesuatu yang tidak pelik. Sebagai sesuatu yang biasa-biasa.
Jika hal-hal ini tidak dibendung kita menuju kebinasaan.
Salam untuk negara yang semakin runtuh...
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment