Saturday, January 2, 2010

Apabila Undi dan nilai komersil lebih Besar dari Allah

Suatu ketika ketika aku berusia awal dua puluhan, aku diberi kesempatan untuk belajar di sebuah IPTA yang amat terkenal kerana dikuasai oleh golongan mahasiswa yang condong kepada sebuah jemaah yang memperjuangkan untuk menegakkan Daulah Islamiah. Sebuah negara yang menegakkan Islam dan memperjuangkan Islam. Yang lain atau mempunyai pegangan selain dari mereka adalah tidak Islamik. Tidak didalam jalan yang benar.

Ada suatu ketika didalam perjuangan mereka, mereka meragui keIslaman saudara seagama mereka kerana kononnya saudara seagama ini tidak berpegang kepada seluruh AlQuran ayat ke ayat, tidak seperti mereka . Lalu terjadilah sembahyang dua imam, mayat yang tidak diuruskan dan akhirnya mengkafirkan saudara segama mereka kerana saudara seagama mereka berpakat dengan kafir. Begitulah serius mereka dengan perjuangan mereka, maklumlah mereka adalah jemaah yang telah berbaiah untuk bergerak diatas jalan Allah. Khalifah yang bakal mendaulatkan syariat Muhammad diatas muka bumi .

Mereka mempunyai keupayaan luar biasa. Mereka tahu siapa yang masuk syurga atau neraka. Ketua-ketua mereka mempunyai karamah. Hanya dengan menetap wajah ketua mereka yang suci sahaja sudah cukup untuk ke syurga. Barakah Allah akan menemui siapa sahaja yang berada disekeliling ketua suci mereka. Malah lebih dari itu, hanya dengan mengundi mereka pun sudah mencukupi untuk masuk syurga. Maka sesiapa yang berdosa boleh menghapuskan dosa mereka setiap 4/5 tahun sekali dengan sebatang pensil sahaja. Dalil mereka adalah mereka parti Allah. Parti mereka memperjuangkan agama Allah. Setiap undi adalah undi untuk Allah

Kemudian sesuatu yang ajaib telah berlaku. Mengapa kejaiban ini berlaku tidaklah diketahui. Malah adakah yang berlaku ini boleh dikategorikan keajaiban atau kecelakaan tidak dapat dipastikan. Tetapi ada sesuatu yang telah berlaku.

1. Mereka menjadi pejuang Islam yang lebih liberal dari saudara seagama mereka yang lagi satu. Mereka dengan relahati telah membuang perjuangan negara Islam dari kamus perjuangan mereka. Alasan mereka tidak ada dalam perlembagaan mereka . Mereka juga berkata adalah tidak realistik untuk menubuh negara Islam di Malaysia. Cukup dengan menubuhkan negara KEBAJIKAN sahaja .

2. Mereka telah menerima hak untuk memanggil tuhan dengan nama Allah oleh agama-agama lain. Sebabnya adalah Kristian Koptik dan Orthodox juga memanggil tuhan dengan nama Allah. Oleh itu Allah adalah nama generik untuk tuhan. Tak kisahlah Allah yang satu lagi beranak pinak.

3. Mereka menjadi pelopor kepada pengkomersilan produk keduniaan dengan memberi jenama yang mengkaitkan pemimpin suci mereka dengan beberpa produk komersil yang mendatangkan keuntungan. Ini diterajui oleh anak-anak pemimpin suci mereka. Nampaknya perkiraan dunia telah mengkorupkan perjuangan. Sesuatu yang aku tidak pernah bayang akan terjadi 20 tahun dahulu.

Kerana mereka menggunakan jenama yang tidak di patentkan maka nama ini menjadi nama generik juga. Pergilah ke Carrefour dan carilah produk pencuci lantai yang dinamakan TOK GURU LANTAI!!!! What an apt brand!


Jika 10 tahun dahulu ada yang memanggil kumpulan saudara segama mereka sebagai tong tahi , mungkinkah ada satu lagi tong sedang mengumpul tahi?





1 comment:

C L J said...

Semuga kembali juga kita kepada kesatuan umah demi kemurnian Ugama Benar = Islam ini. Inshaallah.