Sunday, January 31, 2010

Musim dimana semua benda boleh dijual

Jika anda seorang yang rajin membaca akhbar, majalah atau medium maya. Anda akan berjumpa (atau terjumpa) dengan iklan-iklan yang menjual produk-produk yang menjanjikan dengan pelbagai keajaiban yang boleh mengubah hidup anda dari pada biasa-biasa kepada kehidupan super duper jika anda menggunakan produk-produk terbabit.

Ada susu hikmat yang boleh melakukan hampir semua benda kecuali menghidupkan yang mati. Ada buah kismis yang akan menukarkan otak anda menjadi otak Einstein atau Newton , ada air jampi yang boleh membantu anda mengharungi kehidupan bebas berbagai gangguan, ada kurma madu yang boleh membantu anda mempunyai rumah tangga bahagia dan berbagai bagai lagi janji yang hebat. Malah jika kita campurkan semua janji-janji tersebut, dunia ini akan menjadi dunia yang indah untuk semua orang...dengan syarat beli produk-produk tersebut.

Anda pastikan akan bertemu dengan beberapa perkataan kunci yang menggambarkan produk-produk ini terutama perkataan aura. Cuma kadang-kadang aku tersenyum juga bila memikirkan hanya satu huruf sahaja yang membezakan aura dengan auta!

Kini semua adalah 'fairgame'. Semua yang boleh dijual akan dijual. Jampi serapah kini bukan lagi diamalkan oleh dukun-dukun diceruk kampung, tetapi oleh dukun-dukun moden yang mempunyai penampilan korporat. Jika dahulu perkara-perkara sedemikian dianggap karut marut. Kini semua diterima tanpa banyak persoalan.Apa sahaja yang boleh dijadikan bahan perniagaan akan diniagakan. Semua orang, hampir semua orang kini terlibat dalam jual menjual atau setidak-tidak menjadi duta-duta produk. Kini kita ada ustazah yang menjual shampu, tok guru-tok guru yang menjual kismis dan pendakwah-pendakwah yang menjual susu hikmat.

Kini timbul satu lagi trend iaitu, air tulisan alquran dipinggan putih diminum sebagai ubat. Bukan aku tidak pernah terjumpa amalan ini sewaktu aku kecil. Cuma bezanya sekarang ia sudah dalam bentuk skala yang lebih besar dan lebih komersil. Apa beza amalan sebegini dengan jika kita rendam alquran (yang mengandungi ayat-ayat tertentu) dan minum airnya. Dan jika ini boleh dilakukan dan berkesan pula mengapa tidak kita rendam buku-buku teks dan bagi anak-anak kita minum? Kan senang..banyak budak-budak genius yang boleh kita hasilkan!

Aku bukan anti kepada perkara-perkara ini, cuma aku rasa perlu ada etika yang boleh diguna pakai supaya kesucian Islam itu tidak dijadikan bahan perniagaan. Sewaktu aku muda-muda dahulu aku ada mendengar guru yang menyatakan makrifat tuhan itu jangan dijadikan bahan jual beli. Maknanya jika tuhan menganugerahkan kita kelebihan kelebihan tertentu, kita hendaklah tidak mengambil untung daripadanya.

Dunia perniagaan cenderung untuk membuat untung. Godaan keuntungan bisa sahaja menyesatkan manusia dari landasan yanga benar. Jika tidak masakan ada yang sanggup mendakwa kononnya anak-anak genius mereka bisa memformulasikan ubatan-uabatan hikmat yang boleh meukar minda kita kepada minda einstein sedangkan ubatan sebenarnya diimport dari Pakistan?

Salam untuk Ustazah Si Penjual Shampu...

Saturday, January 16, 2010

Impending Food Crisis

Pelabur Terkenal Jim Rogers meramalkan satu krisis makanan akan berlaku menjelang beberapa tahun akan datang. Tidak dapat tidak kita perlu memikirkan tindakan danstrategi kita untuk 'survive' dalam krisis ini. Britain sudah merangka strategi 'grow your own food'nya. Malaysia perlu memikirkan strategi serupa bagi menangani masalah yang bakal berlaku













Thursday, January 14, 2010

Hari ini Allah- Esok mereka bertudung dan Berserban

Hari ini Mereka mahu menggunakan nama ALLAH. PAS kata pada asasnya boleh. Besok anak anak perempuan mereka mula memakai tudung. PAS kata lagi boleh, tak ada nas kata tak boleh. Anak-anak lelaki mereka mula bersongkok. PAS kata eloklah untuk perpaduan. Lusa mereka menukar nama kepada Tantawi, Hadi, Aziz dll. PAS kata apa salahnya Indonesia pun buat lagu tu. Lepas itu kita takkan dapat bezakan yang mana Islam dan yang mana bukan. PAS lagi Suka. PAS FOR ALL.

Bagi puak Kristian, tidak ada hari yang mereka tidak ingin memesongkan akidah umat Islam. Tak perlu masuk Kristian tak pe, cukup sahaja kalau menyokong dan percaya bahawa Allah tu ada anak.Cukup sahaja untuk kita berkata semua agama adalah sama. Cukup sahaja untuk kita menjadi was-was kepada keesaan tuhan.

Lihat Kajian Depa(klik kat sini). Kajian Depa cukup detail. 500 tahun punya maklumat. Masih tak nampak?


Saturday, January 9, 2010

Allah suruh Bakar gereja ke?

Dalam hal yang melibatkan emosi sebegini, perbuatan khianat membakar rumah ibadat milik orang lain amat tidak perlu dan amat memalukan. Dalam hal sebegini biasanya umat Islam tewas dan patut berasa malu. Memang benar belum terbukti bahawa yang melakukan peruatan tersebut adalah umat Islam tetapi itulah kemungkinannya.

Kita boleh berdebat dan berhujah secara ilmiah, secara retorik atau secara apa pun, tetapi itu adalah hadnya, ia tidak sepatutnya harus sampai ke tahap militan. Apatah lagi dengan imej umat Islam sekarang yang dilabel sebagai pengganas. Membuat keganasan sebagai tanda bantahan amat merugikan kita semua.

Benarlah Allah itu TUHAN orang Islam. Benarlah bahawa Roman Katolik secara sistematik sebenarnya tidak mahu merujuk kepada ALLAH sebagai TUHAN yang mereka sembah. Banyak bukti dakyah Kristian yang boleh diperolehi diinternet yang mendakwa ALLAH orang Islam menganjurkan keganasan dan dengan demikian bukan TUHAN yang sebenar dan demikian juga bukan TUHAN yang disembah oleh Kristian sekalipun dari asalnya Yahudi, Kristian dan Islam berasal dari akar yang sama.

Orang Katolik di Malaysia juga mempunyai dilemma yang sama tentang sebutan Allah kerana sebutan tersebut telah dilaksanakan oleh Mubaligh- mubaligh mereka ( dengan niat dan strategi tertentu) lebih seratus tahun lamanya. Tentu sekali jika mereka hendak menukar panggilan tersebut setelah lebih seratus tahun mengucapkanya menjadi sesuatu yang sukar. Hal ini perlu juga difahami dan diberi perhatian oleh umat Islam.

Jika kita berbangga dengan dakwaan bahawa Nabi Muhammad disebut didalam kitab hindu, buddha apatah lagi injil maka tidak menjadi sesuatu yang menghairankan jika panggilan Allah juga ada disebut didalam kitab-kitab ini. Jawabanya mudah, DIA tuhan sekelian Alam, takkan namanya tidak boleh disebut oleh mahkluk-makhluk ciptaannya selain dari umat Islam? Sekalipun mereka tidak beriman dengan keesaaan Allah, mereka juga tetap mahkluk Allah yang mempunyai hak-hak yang seharusnya kita hormati.

Allah menjadikan alam ini dengan aturan-aturannya, jika kita sebenarnya beriman denganNYA maka hormatilah aturan-aturan itu. Bersabar dan bertakwa lebih baik dari mengikut amarah dan pujukan hawa nafsu.

Hanya satu jalan sahaja untuk memerangi dakyah Kristian iaitu dengan menjadi pengamal Islam yang lemah lembut dan bersikap sederhana. Allah mentakdirkan semua kejadian didalam Alam ini. DIA tahu apa yang terbaik untuk agamanya. Jika kita ingin berdakwah dengan Kristian di Malaysia, sudah ada satu jalan yang dibukakan. Mereka juga memanggil Tuhan dengan nama Allah. Kita kena lihat dari sudut yang positif dan bukan melihat masalah sebagai satu bencana.

Jika kita ingin berjihad diatas jalannya membakar gereja bukan salah satu dari Jihad itu.

Salam untuk yang berlapang dada.

Monday, January 4, 2010

2010- Peperangan Keatas Negara Islam akan Menjadi-jadi

Ada suatu hal yang sebenar berlaku secara terang-terangan tetapi tidak diakui oleh semua media massa perdana dunia. Amerika sebenarnya sedang memerangi negara Islam diatas nama anti keganansan.

Negara terbaru yang akan menjadi sasaran adalah Yemen (click here). Sebuah negara miskin yang tidak mempunyai banyak sumber kekayaan tetapi mempunyai kedudukan strategik kerana ia berada dihujung laut merah (click here) .


Jika anda mengikuti perkembangan negara Yemen, baru-baru ini mereka telah melumpuhkan satu gerakan ekstremis Islam yang dibiayai oleh Israel! (click here). Jika itu keadaannya maka apakah kita terkejut apabila seorang Pemuda Nigeria ditangkap kerana cuba meletupkan bom seberat 80gram yang diikat diseluar dalamnya (click here).


Pemuda ini menyusup kedalam kapal terbang di lapangan terbang Schipol di Amsterdam yang dikawal selia oleh syarikat keselamatan Israel (click here) ? aneh bukan? Aneh kerana jika ditimbang..berat zakar pemuda tersebut pun akan melebih 80g!!! apakah yang boleh diletupkan dengan bom itu selain selruh bahagian sulit pemuda tersebut sahaja? Tiba tiba ini dimainkan oleh media massa sebagai serangan pengganas.

Begitulah jika syaitan sudah bermaharaja lela.




Sunday, January 3, 2010

Mari kita Ramai-Ramai Ke Gereja Katolik Untuk Bertakbir dan Bertahmid!!!







Aku ada satu jalan untuk kita selesaikan masalah Allah tuhan yang tidak beranak lagi diperanakankan ini.

Mari kita umat Islam beramai-ramai menziarah Gereja Katolik untuk bertakbir dan bertahmid beramai-ramai bersama-sama penganut Katolik. Memandangkan mereka telah mengakui bahawa ALLAH Subhanawataala adalah tuhan sekelian alam, DIA yang mula dan DIA yang akhir, DIA yang zahir dan DIA yang batin, maka sudah tentulah kita boleh bertakbir memuji kebesaran dan keesaannya di Gereja. Kemudian kita jemput mereka ke Masjid-masjid kita untuk bertakbir dan bertahmid (dengan syarat mereka wuduhu la dulu).

Jika dahulu mereka menghina TUHAN Muhammad dengan berbagai-bagai nama yang memualkan kini mereka mengaku TUHAN Muhammad adalah Tuhan kepada Mereka juga, maka ini sudah isyarat yang positif. Sekurang-kurangnya kita ada common ground untuk bermuzakarah.



The Passion of Jesus: Jesus Called GOD, Allah



Let Calleh GOD, Allah





Saturday, January 2, 2010

Apabila Undi dan nilai komersil lebih Besar dari Allah

Suatu ketika ketika aku berusia awal dua puluhan, aku diberi kesempatan untuk belajar di sebuah IPTA yang amat terkenal kerana dikuasai oleh golongan mahasiswa yang condong kepada sebuah jemaah yang memperjuangkan untuk menegakkan Daulah Islamiah. Sebuah negara yang menegakkan Islam dan memperjuangkan Islam. Yang lain atau mempunyai pegangan selain dari mereka adalah tidak Islamik. Tidak didalam jalan yang benar.

Ada suatu ketika didalam perjuangan mereka, mereka meragui keIslaman saudara seagama mereka kerana kononnya saudara seagama ini tidak berpegang kepada seluruh AlQuran ayat ke ayat, tidak seperti mereka . Lalu terjadilah sembahyang dua imam, mayat yang tidak diuruskan dan akhirnya mengkafirkan saudara segama mereka kerana saudara seagama mereka berpakat dengan kafir. Begitulah serius mereka dengan perjuangan mereka, maklumlah mereka adalah jemaah yang telah berbaiah untuk bergerak diatas jalan Allah. Khalifah yang bakal mendaulatkan syariat Muhammad diatas muka bumi .

Mereka mempunyai keupayaan luar biasa. Mereka tahu siapa yang masuk syurga atau neraka. Ketua-ketua mereka mempunyai karamah. Hanya dengan menetap wajah ketua mereka yang suci sahaja sudah cukup untuk ke syurga. Barakah Allah akan menemui siapa sahaja yang berada disekeliling ketua suci mereka. Malah lebih dari itu, hanya dengan mengundi mereka pun sudah mencukupi untuk masuk syurga. Maka sesiapa yang berdosa boleh menghapuskan dosa mereka setiap 4/5 tahun sekali dengan sebatang pensil sahaja. Dalil mereka adalah mereka parti Allah. Parti mereka memperjuangkan agama Allah. Setiap undi adalah undi untuk Allah

Kemudian sesuatu yang ajaib telah berlaku. Mengapa kejaiban ini berlaku tidaklah diketahui. Malah adakah yang berlaku ini boleh dikategorikan keajaiban atau kecelakaan tidak dapat dipastikan. Tetapi ada sesuatu yang telah berlaku.

1. Mereka menjadi pejuang Islam yang lebih liberal dari saudara seagama mereka yang lagi satu. Mereka dengan relahati telah membuang perjuangan negara Islam dari kamus perjuangan mereka. Alasan mereka tidak ada dalam perlembagaan mereka . Mereka juga berkata adalah tidak realistik untuk menubuh negara Islam di Malaysia. Cukup dengan menubuhkan negara KEBAJIKAN sahaja .

2. Mereka telah menerima hak untuk memanggil tuhan dengan nama Allah oleh agama-agama lain. Sebabnya adalah Kristian Koptik dan Orthodox juga memanggil tuhan dengan nama Allah. Oleh itu Allah adalah nama generik untuk tuhan. Tak kisahlah Allah yang satu lagi beranak pinak.

3. Mereka menjadi pelopor kepada pengkomersilan produk keduniaan dengan memberi jenama yang mengkaitkan pemimpin suci mereka dengan beberpa produk komersil yang mendatangkan keuntungan. Ini diterajui oleh anak-anak pemimpin suci mereka. Nampaknya perkiraan dunia telah mengkorupkan perjuangan. Sesuatu yang aku tidak pernah bayang akan terjadi 20 tahun dahulu.

Kerana mereka menggunakan jenama yang tidak di patentkan maka nama ini menjadi nama generik juga. Pergilah ke Carrefour dan carilah produk pencuci lantai yang dinamakan TOK GURU LANTAI!!!! What an apt brand!


Jika 10 tahun dahulu ada yang memanggil kumpulan saudara segama mereka sebagai tong tahi , mungkinkah ada satu lagi tong sedang mengumpul tahi?





Friday, January 1, 2010

Apa Erti Allah Kepada Yang Menyebutnya sebagai AULAH?

Mereka mungkin tertawa dengan KEMENANGAN mereka.Namun mereka masih tidak menanng kerana mereka tidak memanggilnya dengan sebutan ALLAH tetapi lidah mereka hanya dapat menyebutnya dengan panggilan AULAH.

Aneh sungguh, suatu ketika mereka bersungguh-sungguh membuang nama Allah/Alah/Elah dari versi-versi injil ciptaan mereka kerana tidak mahu mengakui kesamaan pencipta yang disembah,tetapi kini mereka ingin sekali memanggilnya dengan nama Allah. Namun hakikatnya kepuraan dalam beragama kerana di Gereja dia tidak pernah disebut dengan betul. Mungkin selepas ini mereka perlu berguru denga hafiz untuk belajar membuat sebutan dengan tajwid dan makhraj yang sempurna...

Mungkinkah ini satu peluang untuk umat islam membuka kelas mengaji kepada rakan-rakan Katolik kita supaya dapat menyebut Allah dengan tajwid serta makhraj yang sempurna? ALLAH bukan AULAH yee...

Memandangkan YB SDR KHALID SAMAD telah tidak mendapat tauliah untuk mengajar agama di Masjid Selangor kerana tidak diizin oleh JAIS, mungkn YB boleh dapat tauliah mengajar agama di GEREJA bagi membantu rakan rakan katolik kita menyebut ALLAH dengan betul.

Salam sejahtera untuk sdr2 hamba AULAH.