Friday, December 25, 2009

Sudah Setahun Siasatan masih tak lengkap.


Laporan Polis mengenai kehilangan enjin pesawat F5E telah dibuat pada pertengahan 2008. Hujung 2009 Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kerana siasatan tidak lengkap dan tidak menyeluruh. Setahun setengah menyiasat masih tidak sempurna. Patutlah...

Kerajaan Amerika pula meminta Malaysia menyediakan laporan tentang kehilangan F5E. Diatas kapasiti apa permintaan ini dibuat kita tidak tahu. Takkan Amerika tidak tahu apa yang berlaku kerana mereka mempunyai rangkaian intel yang paling menyeluruh. Dikatakan jika Presiden Amerika hendak tahu DS Najib bersarapan apa pagi ni pun CIA mampu mendapatkan maklumatnya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

hmm.....



2 comments:

C L J said...

Hamba pun kira orang awam juga untuk bercakap dalam hal jaringan niaga alat perang. Mahu atau tidak kita hidup dalam perangkap kuasa besar.

Walau pun ramai masih tidak faham dan ramai lagi sengaja tidak mahu faham. Ramailah juga barangkali yang sudah faham sebelum mengetahui.

Edaran dan jualan alatan senjata dan perang tersangkut dalam rangkai jaring peraturan yang dipaksakan oleh pihak berkuasa kerana dia kuat dan kaya(?) dalam dunia.

Jual beli adalah dikawal oleh kuasa itu dan tidak boleh terlaksana tanpa persetujuan kuasa itu.

Satu contoh yang hamba tahu ialah apabila satu masa dahulu kita mahu membeli APC armored personal carrier jenis kereta kebal kecil untuk membawa 2 - 4 orang sahaja dari sebuah negara Islam.

Malang kita tidak dapat membelinya kerana halangan oleh Amerika. Akhirnya dapat juga kita beli kerana untuk digunakan di Bosnia dimana baharulah Amerika memberikan persetujuan.

Begitulah kawalan rangkai jaring dalam edar beli alatan senjata dan kelengkapan. Demikianlah barangkali proses yang mengikat dagang jual enjin jet F5E yang sedang menjadi bualan kita kini.

Maka janganlah kita rasa terkejut kalau ada pertanyaan dari Amerika itu. Kita pun memang kena lapurkan kehilangan itu kalau kita percaya ia sudah terlepas keluar negara.

(lapuran hamba ini adalah berdasarkan cerita2 terkutip dipasar maklumat terbuka. Harap tidaklah hamba menerobos kerahsiaan keselamatan negara dengan cerita ini)

Hamba sebenarnya nak ucapkan tahniah kepada pihak yang menjalankan siasatan kerana mereka telah berjaya mengenal pasti 4 orang yang terlibat.

Mudah mudahan apabila 4 orang itu disoal lebih mendalam lagi dalam proses kearah pembicaraan kelak akan ketemu lagi kaitannya. Tentulah ramai lagi kaitannya.

Zaman Jepun dulu boleh pakai teknik cabut kuku. Sekarang jentik pun tak boleh. Anak sekolah pun tak boleh rotan. Jadi isu dan kita pun ikut marah sama.

Tetapi barangkali juga kita cadangkan secara terbuka diadakan kelas kelas yang meluas sampai ke kampong kampong macam sekolah dewasa di tahun 60an dahulu. Tujuannya ialah untuk mengajar asas asas dan kaedah serta teknik siasatan siasatan.

Ini barangkali perlu untuk membolehkan pak chik dan pak teh di kampong juga ikut bercakap pasal siasatan polis, SPRM, dsb.

Kalau tak pun mereka dok sibuk juga sekarang kerana mendapat banyak maklumat dari pentas pentas politik yang disampaikan oleh mereka yang tidak pernah terdedah kepada asas asas siasatan.

Cadangan ini juga barabgkali perlu diambil guna juga untuk menyampaikan asas asas kaedah pengukuhan fakta dan pendakwaan serta perlaksanaan keadilan undang undang di dalam sistem mahkamah.

Seperti juga permasaalahan dalam keproffesionalan dalam siasatan, pengetahuan asas dalam sistem pengukuhan fakta dan maklumat untuk pendakwaan dan kaedak laksana keadilan mahkamah tak pasal pasal menyibukkan orang kampung serta jenis orang kampung.

Siapa yang dok buat keadaan tu jadi gitu. Mashaallah.

KALAM JAUHARI said...

Salam Hormat kepada Tuan CLJ, terima kasih kerana datang bertandang. Sebenarnya banyak persoalan yang tidak terjawab dalam episod yang memalu dan melukakan negara ini. Namun kita biarkan pihak berkuasa datang siasatan yang lebih terperinci dan menyeluruh mereka.

salam hormat sekali lagi.