Wednesday, December 23, 2009

Apa bila Sang Perwira Tewas Sebelum Berperang...

Jika apa yang berlaku dengan TUDM kebelakangan ini dijadikan ukuran tahap kebolehupayaan kita mempertahankan kedaulatan negara ini dari serangan pihak luar, gambaranya amat menakutkan sekali.

Jika wang RM 50 juta cukup untuk menggelapkan mata para perwira yang diamanahkan untuk menjaga maruah negara ini maka kesudahan yang menyedihkan menanti kita semua.

Mungkin benar imbuhan menjadi anggota tentera tidak begitu tinggi. Tetapi itulah yang termampu oleh negara dan setakat ini imbuhan tersebut adalah antara yang terbaik di rantau Asia.

Maruah kedaulatan negara tiada tandingan dari segi harga. Hanya nyawa menjadi galang gantinya. Tetapi itu semua mungkin sudah tiada nilainya kepada sebahagian anggota tentera kita. Semangat leftenen Adnan atau Kanang Anak Langkau sudah tiada ertinya kepada mereka. Semangat wang dan kemewahan telah menyerapi mesyarakat kita. Bermula dengan ahli politik dan seterusnya kepada kakitangan awam dan akhirnya kepada benteng terakhir negara.


Tewasnya Saddam Hussein dengan sebegitu mudah di Baghdad pada tahun 2003 sebahagiannya adalah disebabkan oleh sang Jeneralnya yang cintakan dunia melebihi semangat untuk mempertahankan negara mereka. Maka sebab itu Amerika dengan mudah boleh memijak-mijak maruah rakyat Iraq.

Mungkin peperangan masa hadapan tidak lagi dibuat dimedan tempur, sebaliknya di kaunter bank-bank.


Jika Tentera dan Polis kita sudah boleh dibeli dengan sedikit wang maka keruntuhan sistem tamadun kita sudah lengkap.

Salam buat Sang Perwira yang ikhlas.

No comments: