Aku bukan anti kaki tangan kerajaan, tetapi aku rasa skim ini tidak diolah dengan sempurna.
Fungsi sesuatu kerajaan ialah pentadbiran negara yang mana termasuk didalamnya semua aspek kenegaraan seperti pembangunan, pengurusan aset, menegakkan undang-undang, pembangunan ekonomi dan berbagai lagi.
Kakitangan kerajaan pula berperanan sebagai ajen penggerak semua fungsi diatas. Jika mereka terlibat didalam perniagaan, maka tidak mustahil berlaku konflik kepentingan yang akan menjejaskan fungsi kerajaan itu sendiri.
Perniagaan pula walau sekecil mana sekalipun memerlukan pengetahuan. Pengetahuan teknikal, pemasaran, kewangan, pengurusan sumber manusia dan macam-macam lagi. Sebenarnya tidak ada perniagaan yang boleh dijalank secara separuh masa, kalau ada yang mendakwa begitu mereka sebenarnya berbohong! Banyak orang yang menjalankan perniagaan separuh masa terpaksa mencuri masa kerja tetapnya untuk berniaga.
Dikatakan 90% perniagaan gagal dan lingkup pada tahun pertama lagi!. Jadi bayangkan apakah impak kegagalan ini kepada prestasi pegawai kerajaan ini? Orang-orang yang secara semula jadinya minat berniaga, biasanya akan memulakan perniagaan mereka sendiri tanpa perlu tunggu imbuhan atau pinjaman awal. Mereka biasa menggunakan wang simpanan kerana yakin dan percaya serta minat dengan bidang mereka. Kalau tak ada wang simpanan? Tak payahlah berniaga. Berniaga ni sebenarnya bukan untuk semua orang. Its for the select few, those who can withstand failure, reselient to rejection and persistence in their effort.
My point is, skim pinjaman ini akan menarik golongan yang tidak begitu minat berniaga tetapi nak dapat pinjaman punya pasal mereka redah je dan akhirnya gagal.
So what is the best option? Bagi aku mudah je, buat skim VSS kepada mereka yang minat berniaga.Hantar mereka berkurus 6-12 bulan dimana-mana IPTA/IPTS, selepas itu bagi mereka gratuiti dan pinjaman mudah. Apa guna tekun, cgc dan berbagai lagi agensi kerajaan semua tu?
Dengan cara ini kerajaan dapat mengurangkan jumlah pegawainya yang terlalu banyak dan dapat pula mencipta masyarakat perniagaan yang lasak.
salam
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment