Monday, December 31, 2012

Selamat datang 2013..Tahun Bencana Berterusan

2012 akhirnya melangkah pergi. Tiada Kejutan Bencana Alam yang mengubah wajah dunia seperti diramalkan. Pun begitu dunia sudah memberi beberapa petanda kepada penghuninya tentang beberapa perubahan yang kini menjadi lumrah.

1. Gempa bumi berskala mega (6 keatas) tidak berhenti henti
2. Letusan gunung berapi silih berganti
3. Ribut Taufan yang datang dan pergi dengan kerap
4. Ribut Salji yang lebih ekstrem
5. Kemarau yang tidak susut  walau pun sesetengah tempat hujan bagai nak rak
6. Pencemaran nuklear di Fukushima masih tidak dapat dikawal. Pencemarannya sudah merebak kepada
   hidupan dilautan.
7. Bongkah Ais di Artik sudah semakin mencair. Kini Kapal sudah boleh berlayar melaluinya berbanding
   10 tahun dahulu
8.Penyakit bawaan vektor sudah semakin kerap. Selsema burung kini mengancam Timur Tengah -Arab
  Saudi sengaja menutup kes jangkitan disana sementara Gaza kini diberitakan lebih 100 orang telah  
  mati.

Dari sudut kemanusiaan juga tidak ada pencapaian yang baik yang dibuat pada tahun 2012, malah tahun 2012 adalah tahun yang memberi petanda bahawa banyak tragedi bakal berlaku.

1. Perang di Syria sudah megorkan ratusan ribu nyawa
2. Libya kini menjadi negara yang hancur
3. Mesir menjadi huru hara
4. Peperangan masih tidak ada penamat di Afghanistan, Iraq
5. Amerika sudah menempatkan askarnya di 35 buah negara Afrika sebagai langkah awal untuk
    menawan benua tersebut dari Cina
6. Perang Iran-Nato menunggu masa untuk meletup

Dari aspek ekonomi, dunia kini berada dipersimpangan;

1. EU sudah semakin goyang akibat krisis ekonmi yang berterusan . Itali, Sepanyol, Portugal, Ireland
   dan Greek kini semakin bergolak akibat pengangguran yang tidak terkawal
2. Amerika semakin jauh kedalam krisis lantaran ketidak upayaan menangani keruntuhan ekonomi
    malah kini terdapat lebih 40 juta penduduk amerika dibawah paras kemiskinan

Di negara kita walaupun belum begitu jelas, tanda tanda krisis sosial dan ekonomi bakal berlaku telah lahir bibit-bibitnya.

1. Percakaran politik yang tidak pernah reda malah sampai ketahap untuk menjahanamkan ekonomi
   yang sedia ada
2. Krisis keyakinan terhadap BN  berjaya dijelmakan oleh Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama
   Pakatan Rakyat tidak menampakkan kredibilti sebagai pemerintah.
3. Kecelaruan identiti Melayu/Islam yang semakin menular menyukarkan untuk melayu bersatu dalam
    satu suara
4. Pilihanraya umum yang tertunda  akan menambahkan lagi ketidak pastian pelabur.
5. Hutang Negara yang semakin besar (walau pun terkawal) jika tidak diatasi akan menyebabkan lambat
    laun kita    juga akan tersungkur.
6. Persaingan yang semakin sengit dengan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Filipina
   untuk merebut pai ekonomi dunia yang semakin susut.

aduh....


Tahun 2013 menginjak masuk kira kira 12 jam lagi untuk meneruskan semua kecelaruan ini...

No comments: