Friday, September 14, 2012

Mudahnya Umat Islam Di Eksploitasi

Filem  Fitnah Nabi Muhammad yang menyebabkan kacau bilau itu sebenarnya dihasilkan setahun yang lalu oleh seorang usahawan Yahudi kelahiran Israel dengan dibiayai oleh sekumpulan kristian koptik dari Mesir. Filem di promosi oleh Paderi Terry Jones yang terkenal dengan kempen membakar Al Quran itu. Perkara ini sangat jelas bertujuan untuk provokasi untuk mengocak emosi umat Islam.

Mudah sekali untuk kita melihat bahawa kejadian ini ditaja oleh mereka yang mempunyai kepentingan globalis dengan melihat beberapa 'isyarat' yang ditinggalkan. Kejadian pembunuhan Diplomat Amerika itu berlaku pada 11 September iaiatu hari ulang tahun serangan di New York. 

Soalannya mengapa umat Islam begitu mudah terpedaya dan bertindakbalas secara tidak rasional dengan membunuh sedemikian rupa?. Jika Nabi kesayangan kita itu ada pada masa ini, adakah beliau menggalakkan tindak balas sedemikian rupa? Mengapakah terlalu mudah umat Islam dipergunakan oleh anasir-anasir barat (tanpa mereka sendiri sedari) yang memang bertujuan untuk menakluk dan merobohkan Islam.

Apakah respon yang sepatutnya yang perlu dibuat oleh umat Islam?. Kumpulan ini menggunakan media sebagai alat proganda, maka sepatutnya kita juga menggunakan media sebagai alat propaganda!.

Sepatutnya umat Islam menggembleng usaha untuk menjelaskan dengan terpeinci tentang Islam dan Muhammad dalam media-media seperti you tube.

Umat Islam di Britain bertindak balas dengan mengedarkan buku-buku mengenai Islam di pasar-pasar raya disana secara percuma. Itulah yang sepatutnya dilakukan bukan dengan membunuh manusia lain yang belum tentu berdosa. Akibatnya Islam terus-terusan dicap sebagai agama ganas sekalipun yang memulakannya adalah musuh Islam!.

Di Malaysia respon yang dilahirkan oleh pemuda UMNO dan PAS hanyalah respon lelaki bacul. Sekadar retorik dan kenyataan akhbar tanpa sebarang tindakan susulan untuk memerangi golongan pelampau agama Kristian/Yahudi ini. Mereka sibuk berperang sesama sendiri.

Sepatutnya hakikat bahawa filem ini dicipta oleh Yahudi dan Kristian dihebahkan supaya umat Islam tahu bahawa disebalik kata manis mereka di Malaysia, agenda sebenar mereka adalah untuk menghuru harakan negara Islam.

Di kesempatan ini aku menyeru semua umat Islam yang ikhlas untuk bergabung dan memerangi propaganda Kristian ini dengan membawa risalah dakwah ke tempat-tempat yang lebih mudah untuk mengakses Islam. Mari kita tunjukkan respon yang lebih intelektual tetapi agresif.

Ada Brani?





No comments: