menepuk-nepuk dada yang tegap dan sasa
mempamer otot berketul-ketul lambang kejantanan
jerit suara nyaring gegar gempita
pencaknya seperti pendekar terbilang yang baru pulang
dari medan perang
melagukan mentera-mentera hikmah dari bibir yang kering
Sekali pandang mereka seperti pejuang yang ampuh
menjeritkan idealisma idealisma keadilan sejagat
berani meranduk duri perjuangan
rela berkorban segala
tiada ketakutan
tiada kegentaran
begitu jantan hulubalang-hulubalang ini
Namun rupa-rupanya
mereka hanya tidak lebih dari buih-buih dilautan
besinar dan berkilau indah bak sinaran mentari
bercahaya pelangi di permukaannya
mempersona mata
itu sahaja yang ada
kerana buih-buih ini hanyalah udara kosong
yang terperangkap dibawah selapisan air
Ia hanya satu penghias yang kebetulan
yang tidak membawa makna signifikan
diatas keujudannya
Begitulah ditakdirkan umat Muhammad diakhir zaman
sekalipun memakai baju Islam ditubuhnya
mereka hanya mampu menjerit dihalaman sendiri
takut untuk melangkah keluar
kerana tidak mahu mengotorkan baju
berpura-pura demi keadilan
menjual ayat-ayat tuhan untuk keuntungan dunia yang sedikit
Hanya berani menyalak sesama sendiri
hanya berani menyalak di halaman sendiri
hanya menjadi binatang suruhan
umpama anjing belaan yang setia
mengikut arahan dengan sedikit upah
Jika begitu keadaanya
Apa yang hendak dihairankan
jika kita dilayan umpama anjing belaan
setia dengan segala arahan
tanpa suara bantahan
Dan aku masih melihat
pahlawan-pahlawan tadi
menjerit-jerit di halaman
rumah sendiri....
No comments:
Post a Comment