Sunday, August 23, 2009

Apakah semua Negara Islam di Dunia membawa Islam Palsu?

Aku terbaca nukilan YB Zulkifli Nordin, peguam dan MP Kulim dari PKR yang enigmatik itu. Beliau melabel fatwa dari Majlis Fatwa Negara sebagai Fatwa Doraemon kerana Pengerusi Majlis Fatwa itu meningkah kenyataan TG Nik Aziz, bahawa hak menentukan syurga /neraka adalah hak Allah.

Beliau lalu mengutarakan soalan-soalan berikut:

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Selanjutnya klik sini

Aku tidak ingin memperdebatkan soalan soalan beliau. Cuma aku tertanya-tanya hampir semua negara Islam hari ini kecuali Arab Saudi dan Iran dan Pakistan ( itu pun dengan beberapa 'modification' tertentu) tidak mengamalkan seperti kehendak soalan YB Zulkifli Nordin tadi. Sistem yang diamalkan lebih hampir kepada sekular cuma terdapat beberapa elemen Islam termasuk enakmen-enakmen Islam yang di gabungkan dengan undang-undang sekluar. Ini termasuk juga negara jiran kita Indonesia. Apakah semua negara Islam ini membawa Islam Palsu? Islam mereka tidak boleh dibawa ke syurga?.

Soalan aku yang kedua adalah jika PAS dapat memerintah negara apakah jaminan yang PAS akan mengamalkan semua kehendak-kehendak seperti soalan diatas? Dengan DAP dan Anwar Ibrahim sendiri sudah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima negara Islam sepenuhnya? PAS sendiri tidak berani menghentikan penjualan arak di Kedah dan Selangor? Jika benar ini semua salah UMNO mengapa setelah berkuasa mereka tidak berani mengambil tindakkanyang sama? takut hilang undi? Mengapa takut undi melebihi takut kepada Allah?


Soalan aku yang ketiga adalah mengapa YB Zulkifli Nordin berada didalam PKR dan bukan didalam PAS?. PKR adalah sebuah parti seperti UMNO malah banyak orang-orang mereka adalah orang UMNO dengan feel dan perangai UMNO.

Salam untuk YB Zul.

No comments: