Dalam hal yang melibatkan emosi sebegini, perbuatan khianat membakar rumah ibadat milik orang lain amat tidak perlu dan amat memalukan. Dalam hal sebegini biasanya umat Islam tewas dan patut berasa malu. Memang benar belum terbukti bahawa yang melakukan peruatan tersebut adalah umat Islam tetapi itulah kemungkinannya.
Kita boleh berdebat dan berhujah secara ilmiah, secara retorik atau secara apa pun, tetapi itu adalah hadnya, ia tidak sepatutnya harus sampai ke tahap militan. Apatah lagi dengan imej umat Islam sekarang yang dilabel sebagai pengganas. Membuat keganasan sebagai tanda bantahan amat merugikan kita semua.
Benarlah Allah itu TUHAN orang Islam. Benarlah bahawa Roman Katolik secara sistematik sebenarnya tidak mahu merujuk kepada ALLAH sebagai TUHAN yang mereka sembah. Banyak bukti dakyah Kristian yang boleh diperolehi diinternet yang mendakwa ALLAH orang Islam menganjurkan keganasan dan dengan demikian bukan TUHAN yang sebenar dan demikian juga bukan TUHAN yang disembah oleh Kristian sekalipun dari asalnya Yahudi, Kristian dan Islam berasal dari akar yang sama.
Orang Katolik di Malaysia juga mempunyai dilemma yang sama tentang sebutan Allah kerana sebutan tersebut telah dilaksanakan oleh Mubaligh- mubaligh mereka ( dengan niat dan strategi tertentu) lebih seratus tahun lamanya. Tentu sekali jika mereka hendak menukar panggilan tersebut setelah lebih seratus tahun mengucapkanya menjadi sesuatu yang sukar. Hal ini perlu juga difahami dan diberi perhatian oleh umat Islam.
Jika kita berbangga dengan dakwaan bahawa Nabi Muhammad disebut didalam kitab hindu, buddha apatah lagi injil maka tidak menjadi sesuatu yang menghairankan jika panggilan Allah juga ada disebut didalam kitab-kitab ini. Jawabanya mudah, DIA tuhan sekelian Alam, takkan namanya tidak boleh disebut oleh mahkluk-makhluk ciptaannya selain dari umat Islam? Sekalipun mereka tidak beriman dengan keesaaan Allah, mereka juga tetap mahkluk Allah yang mempunyai hak-hak yang seharusnya kita hormati.
Allah menjadikan alam ini dengan aturan-aturannya, jika kita sebenarnya beriman denganNYA maka hormatilah aturan-aturan itu. Bersabar dan bertakwa lebih baik dari mengikut amarah dan pujukan hawa nafsu.
Hanya satu jalan sahaja untuk memerangi dakyah Kristian iaitu dengan menjadi pengamal Islam yang lemah lembut dan bersikap sederhana. Allah mentakdirkan semua kejadian didalam Alam ini. DIA tahu apa yang terbaik untuk agamanya. Jika kita ingin berdakwah dengan Kristian di Malaysia, sudah ada satu jalan yang dibukakan. Mereka juga memanggil Tuhan dengan nama Allah. Kita kena lihat dari sudut yang positif dan bukan melihat masalah sebagai satu bencana.
Jika kita ingin berjihad diatas jalannya membakar gereja bukan salah satu dari Jihad itu.
Salam untuk yang berlapang dada.
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Saturday, January 9, 2010
Monday, May 11, 2009
UMNO 63 Tahun..addddooooooooooiiiiiii
UMNO mencatatkan umur yang ke 63 tahun hari ini. Tidak banyak yang hendak diraikan. Umpama orang dah berusia UMNO juga menerima simptom orang lanjut usia. Badan dan sendi dan sakit-sakit. Anggota badan dan tak cukup kuat untuk kerja-kerja yang berat. Reflek juga dah lambat. Otak dah tak setajam dahulu. Lutut dah sakit-sakit. Nafsu masih besar tapi tenaga dah hampir tiada. UMNO ibarat orang tua yang gemok gedempol . TOO MUCH BEGGAGE TO CARRY. Berjalan terhenggot-henggot dan bertongkat.
Pada harijadinya UMNO menerima tamparan yang memalukan. Kelihatannya Kepala UMNO tidak berfikir dengan baik. Kerakusannya membuat keputusan menghasilkan gelombang yang menghayutkan dirinya jauh ketengah selut. Dan ia kini bergelut untuk melepaskan dirinya.
Tak perlulah kita hendak mengulang-ulang apa yang telah berlaku. Nanti dikata dek orang umpama DVD rosak. dok ulang-ulang kat tempat yang sama aje. Cuma kita hendak menyeru UMNO untuk melakukan perkara yang betul di Perak. Bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya .
Bagi aku, UMNO akan dilihat sebagai gentleman jika UMNO merujuk semula kepada rakyat untuk membuat keputusan. Dan kita akan dapat lihat adakah DAP akan menunjukkan belangnya yang sebenar dengan akhirnya meletakkan calon Melayu dan merampas tahta MB dari Ir. Nizar. Tidak banyak yang akan UMNO rugi kerana sejak rampasan kuasa tersebut UMNO dah rugi banyak.
Jangan panjangkan kemelut Perak. Mengakui kesalahan memerlukan keberanian. masanya telah sampai untuk menentukan samada UMNO mempunyai cukup keberanian seorang pahlawan. Atau UMNO memilih untuk menang jadi arang kalah jadi abu?
Salam...
Wednesday, May 6, 2009
Mat Rempit - Penyakit Kebangsaan

Mungkin sudah sampai waktunya kita mengakui kewujudan satu fenomena yang bukan sahaja akan memberi impak negatif kepada keselamatan masyarakat tetapi bakal merosakkan sebahagian besar generasi pelapis bangsa.
Mungkin selama ini kita tidak ingin mengakui kewujudan masalah yang sudah berakar umbi ini dengan memberi alasan ia sesuatu yang bersifat sementara dan bakal hilang ditelan masa. Ia kini muncul sebagai makhluk yang hodoh dan bakal memporak perandakan masyarakat.
Beberapa kematian sia-sia yang dilaporkan yang disebabkan oleh fenomena rempit berlaku di Kuantan ,Johor Baharu, Kuala Terengganu dan Kota Baharu. Kematian yang sangat tidak masuk akal dilakukan oleh sekumpulan remaja yang lupa diri dan tidak takut kepada undang-undang. Mat Rempit kini sudah tidak takut kepada pihak berkuasa.
Hakikat hampir semua mereka adalah anak-anak Melayu tentu sekali menjadikan masalah ini harus menjadi keutamaan kita. Kita secara bersama tanpa mengira kaum , agama dan pegangan politik harus bersama-sama menangani maslah ini. Ini bukan masalah UMNO, ini masalah PAS dan PKR juga. Ia masalah bersama umat Melayu yang harus dibasmi.
Fenomena rempit menghasilkan kesan sampinganya sendiri. Bohsia atau kini digelar cikaro adalah pasangan rempit. Minuman keras, dadah, jenayah dan seks bebas adalah perlakuan mereka. Kini kanak -kanak seawal 12 tahun juga terlibat dalam merempit. Ini sudah jadi penyakit yang serius. Ini penyakit Melayu.
Jadi marilah kita bersama-sama menangani masalah ini. Jika kita perlu perangi mereka, kita perlu melakukanya demi kebaikan mereka. Jika kita perlu kuatkuasakan perintah berkurung untuk remaja bermotor selepas pukul 12 malam kita perlu lakukanya.
Fenomena ini perlu mendapat perhatian pihak tertinggi negara. Istiharkan rempit sebagai 'national menace' yang perlu diperangi!
Saturday, May 2, 2009
Model Ekonomi Baru Najib. DEB obselete?
Maka Perdana Menteri Ke Enam Malaysia pun mengumumkan akan Rancangan untuk satu Model Ekonomi yang baru. Satu lompatan berganda (quantum leap) katanya.
Membentuk satu model ekonomi bukan kerja senang dan bukan kerja main-main. Membentuk model ekonomi ditengah-tengah keruntuhan ekonomi dunia memerlukan kebolehan yang luar biasa dan kemahuan politikal yang tinggi. Jika tidak ia umpama tikus membaiki labu.
DSN tidak memperincikan model ekonominya yang baru itu. Cuma ianya akan berasaskan inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan produktiviti dalam kontek piawaian dan kuantiti katanya.
Bagaimana sebuah ekonomi yang bergantung kepada petro dollar , komoditi dan perkilangan hendak di transformasikan kepada sesuatu yang dapat digelar lompatan berganda dapat dilakukan perlu difikirkan dan distrategikan oleh Majlis Ekonomi Negara. Cuma aku harap ia sesuatu yang benar-benar dilakukan dan tidak bersifat retorik sahaja.
Soalan aku adalah adakah UMNO secara halus memberitahu rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya Dasar Ekonomi Baru yang di asaskan oleh bapa DSN, Tun Razak sudah obselet? DEB sudah tidak dapat memainkan peranan lagi? Overstays its wellcome?
Jika sesuatu model ekonomi yang diasaskan diatas inovasi dan kreativiti hendak mencapai potensi penuhnya ia perlu berasaskan meritokrasi dan kebolehupayaan semata-mata. Tuan tanah yang malas dan tidak berdaya saing akan terhapus oleh persaingan. Tiada peruntukkan dan tiada kuota. Semuanya perlu dilakukan dan dinilai bukan diatas sifat kedudukan etnik atau kuasa politik. Kreativiti dan inovasi mudah dibantutkan oleh kerenah-kerenah birokrasi. Dan negara ini amat terkenal dengan kerenah birokrasinya.
Soalan lain adakah UMNO mempunyai keupayaan dan kehendak politikal yang mencukupi untuk melaksanakan lompatan berganda ini? UMNO hidup diatas falsafah tuan tanah sebagai ketua yang mempunyai kelebihan dan didahulukan. Jika tuan tanah tidak lagi mendapat layanan istimewa, diatas platform apa pula UMNO hendak berjuang bagi memastikanya terus relevan?.
Jika DSN hendak membawa falsafah baru yang radikal bentuknya, UMNO perlukan anjakkan paradigma yang berganda. DSN harus menerajui anjakkan ini. Ini kerana aku tidak pasti samaada panglima-panglima UMNO boleh hidup tanpa anugerah-anugerah projek/tanah/jawatan dan kuasa.
Secara peribadi aku merasakan rakyat Malaysia dan sebahagian orang Melayu sudah bersedia untuk bersaing tanpa tongkat, kuota dan peruntukkan. Orang-orang Melayu yang menyokong PAS dan PKR dan Melayu liberal tentu sekali tidak menghadapi masalah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)