Monday, June 22, 2009

Iran Meratap.


Apa yang berlaku di Iran beberapa hari kebelakang perlu diperhatikan dengan teliti oleh kita semua. Apa yang telah berlaku dan bakal berlaku akan memberi impak kepada dunia Islam. Salah satu pengajaran yang perlu kita pelajari adalah betapa mudahnya untuk meruntuhkan sebuah negara.


Huru hara yang berlaku adalah disebabkan oleh keengganan calon Presiden Iran yang kalah Housam Musavi untuk menerima kekalahan beliau. Beliau tidak mengiktiraf kemenangan Ahmedinijad dan menuduh berlaku penipuan besar-besaran untuk memenangkan Ahmenijad. Aku katakan besar-besaran kerana Ahmedinijad menang dengan undi 60% sedangkan Musavi mendapat hanya 30%. Untuk menipu 30% undi bukan permainan budak kecil.


Hakikat Iran huru hara ini bukan kejadian kebetulan. Is sesuatu yang dirancangkan untuk terjadi oleh elemen-elemen yang memang mahu Iran musnah ( klik sini ). Banyak yang mahu Iran dimusnahkan termasuk beberapa negara Islam sendiri yang ketakutan dengan kebolehan Iran untuk membangunkan kuasa nuklearnya.


Hakikat banyak negara kecil diruntuhkan oleh Revolusi berwarna -warni dengan konduktornya dari tangan tangan hitam CIA bukan perkara baru. Velvet Revolution, Orange Revolution, Rose Revolution adalah suatu kod nama untuk 'rampasan kuasa' yang dilaksanakan secara remot oleh petualang-petualang yang bertindak atas nama demokrasi.


Banyak petanda bahawa Iran akan dijatuhkan oleh kuasa-kuasa yang takut dengan kebangkitanya akan berlaku. Semua bentuk serangan akan dilaksanakan dengan menggunakan rakyat Iran sendiri (klik sini) . Dan jika itu berlaku dengan tumpahan darah yang banyak apakah negara-negara barat akan simpati? sebenarnya itulah yang mereka mahu.



Aku juga tidak terkejut jika Israel tiba-tiba menyerang kemudahan nuklear Iran dalam keadaan kelam kabut begini . Itulah yang berlaku apabila ada pemimpin negara yang sanggup menjual negara untuk mendapat sedikit kuasa.



Dan Ini semua tidak mustahil berlaku di negara ini. Seorang pemimpin boleh sahaja mengistiharkan kekalahan beliau akibat penipuan dan mengajak penyokong-penyokongnya merusuh dan dengan demikian menghura-harakan negara untuk membolehkan kuasa asing mengambil alih. Kita lihat bagaimana ramai rakyat yang tidak tahu cerita sebenar atau faham isu sebenar yang sanggup berguling-guling diatas jalanraya untuk sedikit kuasa, sedangkan tangan sebenar yang merancang berseronok di bilik berhawa dingin.



Begitu mudah sekali menghuru harakan negara. Namun begitu kita harus mendoakan kesejahteraan Iran kerana sekalipun berlainan fahaman, Iran tetap saudara Islam kita dan sebarang darah yang tumpah adalah darah saudara kita. Tetapi ada diantara kita yang lebih suka darah saudara mereka tumpah asalkan mereka mendapat sedikit kuasa. Pengkhianat seperti Mousavi ada ramai dinegara ini.


Salam untuk Iran...


No comments: