Friday, June 26, 2009

Berhenti Hantar TKI pembantu rumah- Lawak Kosong Indonesia

Kalau kita menonton sinetron Indonesia yang berlambak di TV Malaysia sama seperti TKInya yang sah atau tidak, pasti akan ada satu karakter 'clumsy clown' dengan lawak-lawak bodohnya. Sekali-sekala kita negara Indonesia juga akan membuat sedikit lawak untuk menceriakan suasana.

Ini tidak bermakna aku bersetuju dengan kekejaman. Nirmala Bonat dan Siti Hajar tidak perlu dilayan sepeperti binatang. Tetapi malangnya mereka mendapat majikan berhati binatang. Sepatutnya majikan seperti ini segera mendapat selsema babi dan mampos!. Masalah di Malaysia ini ialah kumpulan manusia yang sering merasa ditindas suka menindas. Aku harap kita tidak bagi muka dengan binatang-binatang yang sakit jiwa ni.

Tetapi lawaknya Indonesia ini, ialah mereka terlalu bertindak mengikut emosi. Membekukan SEMENTARA? mengapa tidak mengharamkan terus? Malaysia sudah cukup membantu mengurangkan beban mereka dengan menambil banyak TKI serta memberi perlindungan kepada warga Acheh yang landa tsunami. Malah kini banyak warga acheh yang dibantu enggan kembali ke negara asal mereka. Ini semua tidak diakui malah Malaysia dicemuh seolah-olah tiada yang baik keluar dari negara ini. Dipanggil Malingsia lagi.

Mungkin beberapa TKI mereka menderita akibat sikap binatang rakyat Malaysia tetapi takkan tak tahu rakyat mereka sendiri banyak yang bukan manusia?. Jenayah pecah rumah banyak dilakukan oleh mereka termasuk pembunuhan. Banyak nyawa rakyat Malaysia yang tidak berdosa terkorban. Mengapa tidak dikira hal ini semua?

Pelik juga ialah tindak balas Malaysia yang terlalu berdiplomasi. Sepatutnya Malaysia umumkan juga untuk behenti mengambil TKI Indonesia dan lihat tindakbalas beremosi mereka....kita patut melayan mereka seperti Singapura melayan jiran-jirannya. Jika ia tidak menguntungkan jangan beri apa-apa. Sebabnya jiran-jiran kita juga akan melayan kita dari sudut untung rugi juga.

Malaysia tidak menghantar PATI mereka pulang kerana keadaan ekonomi yang lemah dan kita bimbang Indonesia akan menghadapi masalah, tetapi mereka tidak melihat dari sudut tersebut. Aku pernah terbaca artikel di Majalah KOMPAS tentang PATI yang dihantar pulang menjadi gila dan sasau. Malah sewaktu kempen menghantar pulang PATI dahulu pun mereka membuat tunjuk perasaan di Kedataan malaysia disana. Itulah susahnya bila dianggap adik, sentiasa dibuli. Sentiasa ingin diganyang...

Siapa yang melantik mereka menjadi abang?

Salam untuk semua...

No comments: