Jika dilihat dari satu sudutpun, sudah tidak menjadi keperluan untuk memberi keistimewaan kepada pelajar bumiputera untuk mendapat biasiswa berdasarkan kuota. Sebabnya kebanyakkan penerima bisiswa ini setelah memperolehnya segera merasakan mereka layak menerima biasiswa tersebut dan bukan diatas ikhsan sesiapa. Kebanyakkan mereka ini pun setelah kembali (itupun jika mereka kembali) menjadi liberal dalam pendangan politik mereka dan mengusulkan meritokrasi. Kebanyakkan mereka juga merasa malu untuk menjadi Melayu.
Kita lihat kebanyakkan pensyarah Universiti kita yang kebanyakkan Melayu yang menerima keistimewaan berdasarkan etnik mereka, mempunyai pandangan yang liberal juga, malah kadang-kadang pandangan mereka lebih menghina bangsa Melayu. Begitu juga dengan para professional Melayu yang banyak mendapat kemudahan dari status Bumi mereka akhirnya menjadi penentang kerajaan. Berapa ramai pemimpin PAS dan PKR masih berhutang dengan Mara?
Tetapi mengapa tidak UMNO umumkan sahaja penghapusan DEB secara rasmi? Takut tidak akan diterima oleh orang Bumiputera? Jika sudah tidak ada keistimewaan menjadi Bumiputera apa guna lagi melaungkan -laungkan slogan-slogan dan retorik-retorik kosong? Eloklah letakkan semua diatas dasar meritokrasi.
Jika PM Malaysia dari UMNO berasa bersalah memperjuangkan hak yang terkandung dalam perlembagaan maka tidak usah menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu. Aku pun tidak menyalahkan beliau kerana beliau anak bangsawan, beliau tidak akan tahu kepahitan hidup dalam serba kekurangan. Beliau menghabiskan sebahagian besar masa muda beliau dibesarkan ditengah-tengah golongan bangsawan. Menjadi Melayu sebenarnya hina dikaca mata golongan ini.
Tetapi golongan elit ini tidak pernah merasa malu untuk membolot harta dan sumber negara yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat marhaen. Kini UMNO yang dikuasai oleh golongan bangsawan ini membayar harga akibat sikap tidak peduli begini. UMNO kini beralih dari bapak kepada anak kepada cucu cicit. UMNO sudah jadi harta pusaka golongan bangsawan yang tidak bersimpati langsung dengan golongan melayu yang miskin. Kebanyakkan Melayu yang berada dikelas pertengahan sudah mula menerima PAS dan PKR kerana idealisma yang boleh diterima mereka. UMNO terkapai kapai macam ayam berak kapur. Hendak membela Melayu takut Cina lari, hendak membela Cina, namanya dah UMNO.
Sudahlah UMNO, jika semua biasiswa diberi kepada golongan bukan bumiputera, mereka tetap tidak akan menyokong UMNO. Yang menyokong UMNO masih Melayu dan Bumiputera haprak yang duduk di kampung dan pendalaman Sabah dan Serawak tu.
Golongan tersebut tetap membenci Bumiputera, sejarah kebencian mereka sudah bermula sebelum ada DEB lagi. UMNO sudah tewas dengan permainan Anwar Ibrahim.
