
Aku kurang pasti apa puncanya. Tetapi sambungan TM streamyx ke pejabat aku dah down lebih dari 5 hari bekerja. Sudah banyak panggilan dibuat ke service centernya tetapi tiada jawaban yang definitif dapat diberikan. Komplen kat keledai telekom pula dapat jawaban 'upgrading system'. Apa kejadah system upgrading sampai seminggu lebih. Dalam zaman serba canggih ni takkan 'system upgrading' sampai semingu. Tak ada 'back up' ke?
Internet sudah menjadi sebahagian dari keperluan operasi banyak syarikat di Malaysia ini. Perhubungan dengan pelanggan, pembekal, lihat tender, submission of tender dll. Kalau dah down sampai seminggu bayangkan berapa banyak kerugian yang dialami. TM net ada perkhidmatan untuk SMI guna sistem dia..kalau dah sistem sendiri pun tak boleh nak maintain tak cakap banyak laa.
Streamyx kat tumah aku pulak tak stabil langsung. Kejap ada, kejap tak ada, kena manual dial banyak kali sebab sering putus-putus. Ketika aku tengah buat entry ni pun, ada statement "could not contact blogger.com. Saving and publishing may fail. Retrying...itu maknanya aku kena disconnect dan manual dial lagi sekali. Kat Rumah aku boleh tahan la..tapi kat opis susahlah keje aku.
adooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiii...
