Showing posts with label PAKATAN. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN. Show all posts

Friday, February 27, 2009

DAP -Seekor Harimau tidak akan dapat menyembunyikan belangnya


Selagi keris masih tersarung berbicaralah sepuasnya kerana, andainya ia sudah terhunus tiada masa untuk bicara.


Jika anda mengikuti lapuran berita sidang parlimen 2-3 hari ini anda tentunya tidak akan terlepas dari lapurang a) Gobind Singh Deo mencadangkan pemilihan Perdana Menteri Malaysia dibuat terus melalui PRU b) Bapa Beliau Karpal Singh menuduh Pemuda UMNO mengugut beliau secara menghantar peluru hidup dan beliau menyumpah pemuda UMNO dengan perkataan CELAKA!!.


Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh. Parti perkauman DAP ini tidak pernah menyukai orang-orang Melayu ( kecuali Melayu yang sanggup dicucuk hidungnya). Ini hakikat dari dahulu sampai sekarang. Tetapi mereka ini amat licik sekali menyembunyikan belang mereka dengan slogan kesamarataan, keadilan, demokrasi dan meritoktrasi. Hakikat bahawa kebencian mereka kepada UMNO memang sudah tidak dapat disembunyikan, tambahan dengan sedikit kuasa yang ada mereka semakin berani menunjukkan siapakah mereka sebenarnya. Malah seorang blogger ternama mereka dalam postingnya secara halus mendedahkan matlamat utama mereka adalah untuk menghapuskan UMNO ( The ultimate aim is to erase UMNO).


Tetapi malayu mudah lupa, Lupa siapakah yang menyuruh MELAYU BALIK KAMPUNG di Jalan Bandar pada tahun 1969 (klik sini). Mungkin kita tidak perlu memanjangkan kelukaan ini demi kebaikan semua, tetapi matlamat mereka untuk memadamkan UMNO tidak pernah luput. Itulah hakikat sebenarnya.

Mereka tidak pernah berhenti mencuba. Mereka mencuba melakar semula sejarah dengan mengatakan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan. Mereka menegakkan monumen pejuang-pejuang komunis ini di pusara mereka. Darah Melayu yang tumbang tidak ada nilai bagi mereka. Mereka berterusan memfitnah Melayu

petikan dari screenshot YB Jeff Ooi;

The tone is, for the sake of big-picture politics in Malaysia where the ultimate goal of erasing Umno has yet to accomplish, DAP will continue to regard Anwar as the leader in Pakatan Rakyat. All deliberation will be done through the internal channels, cross parties. (Baca sepenuhnya disini)

Namun kini dengan mencadangkan supaya pemilihan PM dibuat melalui pilihanraya menggambarkan objektif sebenar mereka iaitu bukan sahaja menghapuskan UMNO tetapi dengan membunuh ketuanan Melayu akhirnya dengan sendiri menjadikan negara ini negara Republik. Ini kerana kita tahu bahawa YDP Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri Malaysia. Tanpa kuasa ini YDP Agong tidak lebih dari figura yang tidak mempunyai signifikan.

DAP tidak pernah menerima Islam sebagai Agama Rasmi negara ini. Mereka mungkin menidakkannya dengan kenyataan yang manis dan indah. Tetapi lihatlah tindakan dan perbuatan mereka. Aneh sekali PAS yang memang tahu hakikat ini tunduk dan sanggup pula menerima pakai kehendak pasangan mereka hanya kerana maukan KUASA malah menghalalkan pula apa yang dahulu mereka haramkan .
Adakah ini matlamat yang didokong oleh PKR dan PAS? Apakah PAS tidak dapat menghidu niat yang halus ini? Tidakkah mereka sedar mereka berguna kepada DAP hanya sehingga UMNO dihapuskan?
Aku ingin sekali mendengar apa wawasan Pakatan Rakyat jika mereka dapat menghapuskan UMNO. Bagaimana falsafah dan pendekatan pentadbiran mereka kerana sehingga kini aku tidak nampak apa-apa perbezaan kecuali barangkali di Kelantan.
Salam.






Thursday, February 19, 2009

Ayam Menang, Kampung Tergadai?

Mungkin kita semua telah arif dengan alkisah Ayam Menang Kampung tergadai dek kebodohan seorang yang bernama Pak Pandir. Rupanya di zaman ini banyak juga Pandir-Pandir di kalangan kita.

Tetapi yang pelik bagi aku ialah bila Pakatan menuduh BN pandir , mereka juga tidak segan silu mempamerkan kepandiran mereka.

Aku merujuk kepada tindakan speaker DUN Perak yang menggantung MB Perak Dato Dr Zambry Abdul Kadir serta barisan Exco beliau. Tindakan ini bukan sahaja tidak mengikut perlembagaan malah tindakan sebegini tidak ada didalam perlembagaan!.

Mereka menuduh tindakan DYMM Sultan Perak tidak mengikut perlembagaan . Hakikatnya tindakan DYMM Sultan membuat tindakan sebegini adalah mengikut intepretasi beliau yang arif didalam Undang Tubuh Negeri Perak. Peruntukkan perlembagaan negeri Perak memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik mana-mana pemimpin yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi MB. Walaupun tidak disebut sama ada beliau boleh menitah kepada MB untuk meletak jawatan tetapi interpretasinya adalah disaat MB tidak lagi mendapat sokongan majoriti maka beliau dengan otomatik tidak lagi menepati kehendak undang-undang tubuh Negeri.

Apabila Speaker DUN Perak menggantung MB dan Barisan Exco dari DUNkerana menerima lantikan DiRaja adakah ini bermakna speaker DUN Perak mempunyai kuasa yang melebihi Sultan?

Kita faham bahwa Pakatan sedang cuba menekan Kerajaan supaya membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya baru. Benarlah bahawa keadaan sekarang amat memihak kepada mereka dan mungkin , (diulangi mungkin ) mereka boleh memenangi majoriti untuk membentuk kerajaan. Jika begitu keadaannya mengapa tidak tunggu sahaja PRU 13 dan tunjukkan taring dengan memenagi 2/3 kerusi DUN ( cuma kali ini kena bagi semua ADUN sebuah Toyota Camry tiap seorang).

Pada pendapat aku sikap untuk terus membuat huru hara akan memakan diri sendiri. Mungkinkah tindakan sebegini akan membuka ruang untuk pihak penguasa mengambil tindakan drastik atas alasan keselamatan negara? Ingat Mageran tahun 70an?

Thursday, February 5, 2009

Bubarkan DUN Perak


Dikhabarkan Datuk Seri Anwar sering mengalami perut memulas jika beliau tertekan (tension). Jika begitu keadaannya , aku percaya beliau sekarang ini mungkin sedang mengalami perut memulas atau mungkin dah terkena cirit-birit.


Beliau yang dianggap pakar dalam permainan politik tewas ditangan permainan politik saingan sengit beliau iaitu Datuk Seri Mohd Najib. Beliau terlebih jangka kekuatan PKR maupun kekuatan beliau sendiri. Tapi keadaan di Perak bukan salah percaturan beliau sahaja. PAKATAN di Perak, seperti juga dilain-lain negeri kecuali Kelantan dan Pulau Pinang sememangnya bagai retak menanti belah.

Pengundi-pengundi menjangkakan apabila PAKATAN memerintah, akan terdapat satu anjakkan yang berbeza dalam gaya dan falsafah pentadbiran, tetapi sebaliknya apa yang ditonjolkan adalah sikap tamak dan haloba dengan gerakkan tersusun untuk merampas tanah (land grab) dan kuasa serta sikap sombong. Selain menukar kereta dari PROTON ke CAMRY, tiada perubahan drastik yang berlaku didalam pentadbiran mereka. Mereka lupa bahawa majoriti pengundi Perak adalah orang-orang Melayu dan sikap membelakangkan Melayu ini amat merugikan. Tetapi Kaduk kalau dah naik junjung memang begitulah sikapnya.


Walau bagaimanapun secara peribadi aku berpendapat melompat-lompat parti ini kerja tidak bermaruah. Ini kerja opotunis yang tidak berpendirian. Jika sikap ini membawa padah kepada PAKATAN, padah yang sama juga akan menjengah BN. Keadaan di Perak tetap retak menanti belah.


Bayangkan kesukaran untuk melantik EXCO kerana wakil bukan melayu hampir semuanya dari DAP. Jika ini berlaku kerajaan yang bakal dilantik tidak mempunyai kredibliti yang mampan.


Oleh yang demikian aku menyarankan bahawa DUN Perak sepatutnya dibubarkan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan dan sekali gus bagi membolehkan UMNO/BN menyusun satu barisan yang lebih baik. Orang yang pertama perlu disingkirkan dari menjadi wakil ialah katak pengkhianat dari BOTA!.


Apapun keadaannya kita perlu prihatin kepada masalah yang lebih besar yang sedang melanda negara kita. Tsunami ekonomi sedang menghampiri kita dengan pantas. Aku secara peribadi amat sedar kepada keadaan yang bakal berlaku ini. Itu sebab banyak posting aku lebih menekankan kepada kegawatan ekonomi global sebab survival orang-orang Melayu banyak bergantung kepada sejauh mana negara mampu menghadapi gelombang yang ganas ini.


Kita tak mahu masa depan anak-anak kita menjadi tidak menentu kerana kita terlalu banyak bermain politik. Biarkan Anwar dengan sikap gahnya itu, banyak diantara kita sudah dapat melihat belang beliau dan mendapati belangnya sama sahaja dengan orang-orang yang dikritiknya.
Salam...