Kita tahu PAS bukanlah memusuhi UMNO secara total. Begitu juga UMNO tidak memusuhi PAS sehingga berkerat rotan berpatah arang. Begitulah sifat orang politik, tidak bermusuhan secara kekal, tidak juga berkawan secara kekal. Jika ada kepentingan kedua-dua pihak yang boleh di nikmati, semua boleh diatur. Begitulah permainan politik tiada sahabat atau musuh yang kekal, begitulah hebatnya kuasa. Ia mengubah manusia.
Cuma yang menjadi kemusykilan kaum kini ialah hiruk pikuk Kerajaan Perpaduan oleh PAS ini. Pada masa yang sama mereka masih berpeluk-pelukan dengan Pakatan Rakyat. Setakat ini tiada definisi yang diberikan oleh PAS akan maksud Kerajaan Perpaduan ini. Setahu aku Kerajaan Perpaduan ini dibentuk apabila tiada parti atau pihak yang mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Di Malaysia ini belum pernah berlaku.
Aneh juga UMNO tidak begitu nampak kesungguhan mereka. Aku tidak tahu sama ada UMNO ini malu-malu kucing atau apa. Hakikatnya Kerajaan Perpaduan tidak menjadi isu utama dalam agenda UMNO. Tidak ada perbahasan atau polemik seperti yang berlaku didalam PAS.
Apa yang PAS ingin capai dari Kerajaan Perpaduan ini? Hak untuk berkongsi kuasa? jika mereka menunggu PRU 13 yang tidak berapa lama lagi ini, mereka mungkin mendapat kuasa yang diinginkan. Keinginan untuk menyelamatkan UMNO? menyelamatkan UMNO dari apa? UMNO mempunyai jumlah kerusi yang 2x ganda dari PAS di Parlimen.
Atau adakah PAS merasa mereka telah memecahbelahkan umat Melayu sehingga ke titik tidak dapat berpatah balik dan dengan itu perlu untuk menyejukkan suasana?. Atau PAS mahu menggunakan isu Kerajaan Perpaduan dan UMNO sebagai alat untuk berunding dengan PR?
Pada aku PAS sudah cukup kuat untuk berduri sendiri. PAS sudah mampu menjadi alternatif UMNO dan tidak perlu untuk berpadu dengan sesiapa. Lagipun kalau dilihat maki hamun ahli-ahli PAS kepada UMNO aku rasa tidak akan ada perpaduan antara mereka. Takkan nak jilat ludah balik.
Yang paling baik bagi mereka sebelum mentalkinkan UMNO adalah untuk mentalkinkan 'Kerajaan Perpaduan' mereka.
Showing posts with label Kerajaan Perpaduan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Perpaduan. Show all posts
Wednesday, June 10, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
