Sunday, January 29, 2012

PAS makin terperangkap dengan ANWAR..

Kita harus akui mungkin tidak ada atau tidak akan ada ahli politik sehebat Anwar di Malaysia ini. jika politukus yang biasa-biasa dah lama bungkus jika di cabar seperti Anwar tetapi Anwar tidak begitu.

Kejayaan besar Anwar adalah kebolehan beliau meresapi semua aspek gerakan politik Malaysia, baik berarus sekular atau islamik dan disebalik itu beliau disokong oleh grakan NGO dalam dan luar negara yang bisa digerakkan dengan pantas dan efisien.

Kebolehan luar biasa Anwar adalah kebolehan beliau menguasai PAS dari luar . Ketika Anwar jatuh dahulu sahabat rapat beliau Kamarudin Jaafar menyertai PAS dan diatas sifat naif PAS, beliau malah dilantik sebagai Setiausaha. Satu kesilapan yang membuat PAS berada didalam situasi sekarang. Anwar berjaya meresapkan pengaruh beliau perlahan-lahan sehingga golongan beliau yang digelar Anwarinas pada satu peringkat kini menguasai arah tuju PAS! sedang pada suatu ketika beliau digelar Aljuburi oleh PAS!. Bukan ini satu pembalasan yang manis?

Anwar sendiri amat diketahui masih mempunyai rangkaian sokongan yang meluas dalam UMNO. Masih banyak golongan yang bersimpati terhadap Anwar didalam UMNO menanti dalam keadaan Dorman sehingga sampai suatu ketika untuk mereka bergerak semula. Ini memang diketahui umum kerana Anwar banyak membela LEMBU ketika berada dalam UMNO dulu.


Yang belum kita nampak madalah penguasaan Anwar dalam gerakan politik kaum Cina. Kaum India? Mereka telah lama dikuasaioleh geng-geng Anwar Sivaji the Boss.

Kaum Cina berpolitik dengan cara yang agak berlainan dari dua kaum utama Malaysia. Mereka lebih licik dari PAS atau UMNO. Tetapi mereka juga ada kelemahan-kelemahan tertentu. Pilihanraya 2008 mennyerlahkan kekurangan mereka! Mereka tidak punya calon Melayu kerana hanya Calon Melayu yang boleh jadi MB!. Mereka terlupa mengkaji perlembagaan !.

kelemahan ini mungkin boleh digunakan ( atau mungkin sudah digunakan) oleh Anwar dengan menghantar calon-calon beliau untuk menyertai DAP bagi membolehkan mereka dilantik ke jawatan itu jika DAP menang. Jika ini berjaya ANWAR bolehlah dianggap The Real Boss!.

Pun begitu Anwar semakin hari semakin menampakkan belang sebenarnya yang akhirnya akan merugikan PAS dari segi jangka panjang. Sokongan beliau terhadap kesamarataan agama, golongan LBGT dan kini sokongan terbuka terhadap Israel akan meletakkan PAS di pinggiran. Kerana akhirnya terdedah bahawa Anwar adalah golongan sekular yang dikafirkan olef PAS itu.

Ketika PAS menghentam UMNO dengan hebat kerana pegangan UMNO sehingga sampai ke tahap mengkafirkan mereka,Ketua mereka Anwar membawa gaya liberal yang akhirnya tidak akan dapat disembunyikan lagi.

Jika Anwar membawa pegangan yang lebih ekstrem dari UMNO mengapakah PAS mengelak dari perpaduan dengan UMNO?. Jawabanya adalah yang menolak perpaduan dengan UMNO adalah golongan Anwarinas! bukan golongan ulamak. Mengapa golongan ini menolak perpaduan dengan UMNO sedang mereka tahu penyokong Anwar masih banyak dalam UMNO?

Sebabnya?

Sebabnya mereka akan menjalankan PERPADUAN itu SETELAH ANWAR BERKUASA.



No comments: