Thursday, August 25, 2011

Kuasa Barat Sedang Melakar Semula Peta Negara Islam - Bukalah mata anda wahai Muslim Sekelian




Jika anda belum mendengar tentang Project For New American Century Buatlah kajian anda, maklumatnya tentangnya sangat banyak. Sekalipun Amerika kini sedang dilanda masalah ekonomi yang teruk projek ini tetap berjalan.Malah ia semakin penting kerana Amerika perlu menguasai kekayaan negara-negara Islam untuk mengelakkan ia tumbang.

Bermula dengan Afghanistan,Iraq, Tunisia, Yemen, Egypt, Libya, ia akan diikuti oleh Syria kemudian Iran dan akhirnya Pakistan dan tidak mustahil Indonesia dan Malaysia turut menjadi mangsa memandangkan balaci-balaci mereka sangat kuat bekerja untuk merosakkan kestabilan Malaysia ketika ini. (Pun begitu Amerika tidak perlu berbuat banyak kerana pemimpin Malaysia memang sedia menjilat punggong Presiden Amerika tidak kira siapa pun yang jadi PM-Kalau Anwar lagilah amat mudah)

Dibantu oleh balaci-balaci mereka iaitu kumpulan negara Teluk ( Arab saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE) dan Turki yang telur pemimpin mereka dipegang ole Amerika -demi kelestarian masing-masing, Amerika akan menguasai lebih stiga suku minyak dunia dan yang lain akan terpaksa tunduk sahaja.

Kita perlu ingat bahawa hampir semua nagara Islam yang ada sekarang dahulunya di kawal oleh British atau Perancis (kecuali Libya dan Indonesia yang dikawal oleh Itali dan Belanda) kini mereka kembali menjajah bumi Islam dengan alasan yang sangat kabur dan palsu. Paling sedih tidak ada suara bangkangan dari negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia. Malah yang paling menyedihkan ada yang ingin menyebarkan semangat revolusi ke Malaysia sedagkan hakikatnya semua revolusi yang kita lihat sekarang ditaja oleh Amerika.

Apakah Mesir dan Libya akan jadi lebih baik selepas Revolusi ini? Mungkin..tetapi lihatlah Iraq selepas Saddam Hussein, kita akan bertemu jawapanya. Amerika tidak pernah berniat untuk menjulang demokrasi dan kebebasan kerana negara mereka sendiri sudah tiada kekebabasan yang mereka laungkan. Kini negara mereka penuh dengan rasuah dan kapitalis kroni yang tidak pernah percaya kepada kebebasan dan hak samarata.

Oleh yang demikian berhati-hatilah jika hendak membuat perjanjian atau berkawan dengan syaitan...




Salam Ramadhan..

1 comment:

free compass said...

tak lama lagi mereka akan datang ke negara kita. lihatlah apa yang telah berlaku pada zaman pertengahan di tanah arab sehinggalah tahun 1511 di melaka. dunia berputar. begitu juga dengan sejarah. tak lama lagi giliran kita pula.

"aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".