Tuesday, July 14, 2009

Apabila kuali mengata punggung periuk hitam legam


Mungkin ini adalah ironi paling menyedihkan dalam kehidupan kita. Apabila satu pihak dengan angkuh mengatakan satu pihak kotor dan hitam akibat terlalu banyak bergelumang dosa. Dengan tuduhan yang tiada bukti, dengan kecaman yang tidak bersandar kepada realiti dan dengan sangkaan sangkaan yang mendekatkan kepada diri tohmahan.


Rupa-rupanya pihak yang menuduh dan bersangka-sangkapun mempunyai punggung yang sama hitam dan bergelumang tahi. Menuduh pihak lain rasuah, tetapi diri sendiri mengamalkannya dalam bentuk yang lain. Menuduh pihak lain bersekongkol dengan syaitan tetapi diri sendiri memeluk iblis.


Senang membuat tuduhan dan tohmahan tanpa sebarang tanggungjawab. Tetapi apabila tanggungjawab sudah dibahu, sesudah mendapat perspektif yang betul..tindakannya sama seperti pihak yang dituduh. Kalau dahulu tiada satupun yang baik, tetapi sesudah memikul barulah diketahui langit tinggi dan rendah.


Menjanjikan langit dan bintang memang mudah...menunaikan janjilah yang sukar. Ibarat seorang lelaki yang menjanjikan emas permata buat bakal isteri. Bila sudah menjadi isteri, janji tinggal janji. Sudah akad nikah apa lagi isteri boleh buat...


Mencetak azam dan manifsto memang mudah...menunaikannya ada sedikit masalah. Jika dahulu pihak periuk bontot hitam dituduh begitu dan begini, bila kuali berkuasa tiada apa-apa perubahan kearah kebaikan. Sama sahaja...tiada apa-apa yang berubah.

Rupa-rupanya kuali dan periuk sama hitam bontotnya...


Salam untuk periuk dan kuali yang berkuasa.




No comments: