Thursday, September 11, 2008

Apabila Orang Cina Bertindak Spt Yahudi Amerika

Berita ini dan ini bukan satu yang baru dalam permainan politik di Negara ini, tindakan menuang pasir ke dalam periuk individu yang tidak mengikut kemahuan/arahan/kehendak satu golongan dengan tujuan untuk melumpuhkan sumber kewangan mereka. Ini permainan biasa Yahudi Amerika kepada golongan 'anti Semitic'. Itu sebab individu di Amerika amat takut digelar 'anti semitic'.

Bila Jeff Ooi mengajak pembacanya memburu pemaju hartanah yang diyakini membiayai kewangan Dato' Ahmad Ismail merupakan satu sifat balas dendam yang tiada belas. Itu hak beliau.

Tetapi beliau lupa banyak juga orang Cina dan India yang mempunyai sikap yang sama terhadap orang Melayu ( Mungkin juga termasuk beliau) . Jika anda pernah bekerja di syarikat Cina atau India , anda akan terasa sikap prejudis yang tersirat ini. Maknanya Ahmad Ismail bukan ada dalam masyarakat Melayu sahaja. Malah di Malaysiakini pernah disiarkan satu surat oleh ibu melayu perihal sikap prejudis guru bukan melayu yang dihadapi oleh anaknya.

Soalan aku ialah bagaimana jika orang Melayu bertindak balas. Bagaimana jika orang Melayu memboikot produk-produk syarikat Cina/India yang anti Melayu sama seperti Cina/India memboikot syarikat Melayu, apakah akan selesai masalah di negara ini?

Jeff Ooi mungkin terasa dirinya sangat berkuasa sekarang jadi kokokya berdekar-dekar, maklumlah beliau mungkin jadi Pegawai Khas TPM Malaysia yang baru.

No comments: