Dengan mengumumkan WANG 2.6B bukan dari akaun 1MDB , secara sengaja atau tidak, SPRM telah mengesahkan 1. Akaun misteri Ambank itu wujud dan 2. Memang ada wang bernilai 2.6B masuk ke akaun tersebut.
And now we have the dumbest PM ever for our beloved country. Kini spinnya adalah seperti berikut, duit tersebut merupakan political fund dan ada penderma misteri dipercayai dari timur tengah yang bermurah hati memberi Najib duit.
Telaga tahi semakin dalam...kini YB Perdana Menteri malaysia ada dua kes kat ponggong beliau yang perlu ditangani. 1. Kes 1MDB yang masih tak selesai 2. Kes salah laku menerima sumbangan 2.6B tetapi tidak dimasukkan ke akaun amanah sebaliknya ke akaun peribadi.
Kes kes ini semakin dirumitkan oleh pengelibatan ahli ahli politik berkepentingan yang bijak bistari (kelulusan CGPA 3.85) semuanya dari kedua dua arah iaitu penyokong dan pembangkang serta kakitangan awam yang menyokong dan membangkang. Jadilah macam cerita sinetron indon yang plotnya nampak bodoh dan lakunan yang overacting.
Apakah implikasinya? implikasinya kepada negara amat parah dan kepada UMNO amat fatal. Jelaslah dimata dunia pemimpin tertingginya hanya bernilai 700juta usd. Terlalu murah dan mudah untuk dibeli, much worst than African Country.
Kita biasa dengar political fund atau campaign fund . Ia tidak boleh dianggap sebagai derma biasa kerana ia biasanya tersemat satu persefahaman untuk menjalankan agenda agenda atau kehendak kehendak penderma. Kita bingkas bersuara apabila NED menyalurkan bantuan kepada parti parti pembangkang negara terutamanya PKR, kerana kita tahu agenda mereka adalah untuk meliberalkan negara. Apakah agenda penderma NAJIB?
Implikasi kepada UMNO amatlah fatal. Keadaan pimpinan UMNO yang senyap seribu bahasa atau penyokong yang mengeluarkan kenyataan bodoh seperti duit dalam akaun peribadi bukana urusan anda atau esok tidak ada pilihanraya memberi gambaran betapa UMNO telah tergelincir dari landasan perjuangannya.
Rakyat Malaysia walaupun tidak berkelulusan universiti 3.85 bukannya bodoh bodoh. Ini ditambah dengan bebanan kenaikan sara hidup menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kebolehan UMNO untuk mentadbir negara dengan empati. Malah akar umbi UMNO sendiri semakin banyak yang menjauhkan diri akibat keboborokan pimpinan mereka.
Tuesday, August 4, 2015
Tuesday, July 21, 2015
1 MDB-Nesan UMNO?
Ketidakupayaan pemimpin UMNO menyanggah serangan serangan yang ditujukan kepada UMNO akibat penyelewengan 1MDB yang merupakan hasil tangan YAB PM Najib Tun Razak amatlah janggal dan memalukan. Nampak jelas kebanyakan pimpinan UMNO berbelah bahagi antara mencari kebenaran dan menjaga tembolok masing masing.
Kedegilan Najib untuk terus mengekalkan kuasa tanpa ingin bertanggung jawab terhadap kecuaian pengurusan 1MDB sekalipun beliau adalah penasihat utamanya cukup untuk menjadi nesan kepada UMNO pada PRU 14 akan datang.
Kerosakan yang UMNO sudah lakukan hampir mustahil diperbaiki lagi. Kebanyakan golongan belia sudah hilang kepercayaan kepada ketulusan UMNO memperjuangkan nilai agama dan bangsa. Yang tinggal didalam UMNO adalah golongan tua tua yang masih berkhayal dengan kegemilangan lalu serta golongan Wanita yang kini menjadi tulang belakang UMNO.
Kegagalan kerajaan membela golongan bawahan yang terjejas teruk akibat GST, sekalipun mereka digula gulakan dengan BRIM akan menjadi batu tanda dimana keruntuhan UMNO bermula. UMNO kini di terjemahkan hanya sebagai organisasi yang digunapakai untuk tujuan mendapat kuasa pemerintahan dan bukan lagi wadah perjuangan untuk memastikan kelestarian bangsa Melayu.
Keboborokan UMNO ditambah lagi dengan sikap dan cara fikir terkebelakang pak pak menteri, sekalipun ada yang mengaku bujaksana dengan cgpa 3.85. Kebanyak Menteri yang dilantik hanya penjilat penjilat tegar yang tidak mampu untuk berdiri dengan falsafah kepimpinan sendiri. Menteri menteri cap ayam ini membuat rakyat semakin menyampah dan berbulu telinga.
Berapa lama lagi UMNO boleh bertahan? Wallahuaklam..tapi yang pasti UMNO tidak akan kekal dalam memerintah. Suatu hari ia akan berpindah tangan...
Sunday, April 13, 2014
Kalam Kembali
Lama sungguh rasanya aku tidak meninta buah fikiran lewat alam blog ini.Banyak perkara berlaku terhadap watan tercinta. Banyak agenda samada terang dan tersembunyi sedang bergerak untuk menjadikan watan bertuah ini musnah dari bentuk asalnya. Apakah rancangan syaitan syaitan ini akan berjaya atau tidak, semuanya dalam ketentuan Allah azza wajjala. Tidak ada yang melampaui dari pengetahuan dan rancangannya.
Cuma yang sangat kita risaukan adakah watan ini mempunyai pimpinan yang cukup berkalibar untuk menangani semua yang sedang berlaku samada tersurat atau tersirat? atau kita hanya mempunyai pelawak pelawak politik sama ada berbaju nasionalis atau yang berbaju agama yang hanya mampu berlagu umpama burung kakak tua?
Dimanakah Sallahuddin Al Ayubi Melayu?
Friday, July 26, 2013
Hapuskan Hak Istimewa Melayu Kalau UMNO Tak Cukup Jantan Untuk Mempertahankanya!egitu
Sekali lagi UMNO menunjukkan kebaculannya bila berhadapan dengan situasi dimana ia harus bersuara menunjukan autoritinya.
Guru Besar SK Seri Pristana telah menghabiskan banyak tenaga membantu UMNO disaat kebanyakan guru guru di Malaysia tidak menyokong UMNO. Beliau begitu berdedikasi dengan kerjanya sehingga sekolahnya menjadi antara yang terbaik di Daerah Kuala Selangor. Beliau tidak melakukan sebarang kesilapan secara teknikalnya. Beliau hanya membuat apa yang difikirkan terbaik untuk sekolahnya, sehinggalah puak minoriti yang sempit akal dan diketahui berlidah biawak mula membuat fitnah atas perkara yang boleh diselesaikan secara baik.
Kita dapat melihat betapa lemasnya UMNO. Terlalu taksub dengan dirinya sehingga lupa kepada apa yang patut dibuat untuk mempertahankan rakyat marhaen yang tertindas oleh ketidak adilan yang ditimpakan oleh sekumpulan kecil manusia manusia biawak.
Ketika Najib sibuk menjilat buntut Cina dan India, dia terlupa bahawa yang memenangkan UMNO adalah orang Melayu kampung yang kini tiada pelindung dan terdedah untuk diliwat oleh golongan liberal dalam negara ini.
Begitulah apabila golongan bangsawan ini tidak lagi dapat merasa denyut nadi rakyat Marhaen...

Tuesday, July 2, 2013
Hapuskan Hak Istimewa Melayu Dan Dasar Ekonomi Baru Sekarang!
Melihat bagaimana terkial kialnya pemimpin UMNO hendak mempertahankan hak hak istimewa orang Melayu serta Dasar afimatif yang memberi sedikit kelebihan kepada penduduk majoriti negara ini, Melihat bagaimana janggalnya golongan bangsawan UMNO seperti Nazri Aziz, Tunku Adnan, Najib dan Nazir Razak dan sepupu mereka Hishamuddinbercakap tentang Melayu akar umbi, maka eloklah UMNO memulakan usaha untuk mematikan hak istimewa yang tak berapa istimewa kaum Melayu tu. Kalau setakat manis dibibir dan hanya digunakan sebagai alat menipu umat Melayu , maka tak perlulah lagi kita berpura pura...
Semakin lama semakin nampak kebenaran hujah bahawa DEB hanya menguntung beberapa pihak sahaja sedangkan sebahagian besar umat Melayu tidak terbela. Setelah semua disakau oleh segolongan orang orang berkedudukan maka eloklah kita jangan berpura pura lagi.
PRU 13, sepatutnya mengejutkan UMNO dari tidur bahawa mereka adalah Parti Melayu yang seharusnya memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu. Jika mereka berasa mereka hendak memperjuangkan selain dari itu, eloklah bubar atau tukar perlembagaan UMNO.
UMNO sepatutnya menggunakan PRU 13 untuk memulakan revolusi baru orang Melayu, membantu Melayu sebanyak mungkin. Tetapi apa yang ditunjukkan setakat ini hanyalah hampas. UMNO masih mengalunkan musik dan irama lama sedangkan keadaan semakin menghimpit umat Melayu. Sedikit demi sedikit hak dan kepentingan mereka dihakis bukan sahaja oleh golongan pendatang tetapi oleh segolongan Melayu sendiri. Ini termasuk beberapa kumpulan dalam UMNO yang hanya mementingkan tembolok mereka. Sudah dikiaskan oleh Raja Raja Melayu beberapa kali tetapi UMNO terlalu bodoh dan angkih untuk mengambil iktibar.
Najib Razak mungkin akan jadi pemimpin UMNO terakhir yang diangkat sebagai Perdana Menteri. Secara kebetulan melengkapkan teori RAHMAN. Aku tidak akan terkejut jika UMNO tumbang PRU 14.

Tuesday, April 23, 2013
Parti Cuci Dosa....
Ada sesuatu yang istimewa tentang PAS. Sebaik sahaja anda melafazkan keahlian kedalam parti itu, tiba tiba anda jadi manusia suci, habis semua dosa anda diampunkan lengkap dengan dalil dalil dan nas-nas yang sahih.
Begitulah yang terjadi kepada beberapa pemimpin UMNO yang dahulu teruk dituduh, dicaci juga difitnah dengan berbagai bagai dosa oleh PAS, tetapi sebaik sahaja mereka keluar UMNO dan menyertai PAS, lagu lagi syahdu dan indah terus dimainkan untuk mereka. Cybertrooper PAS terus bangun mempertahankan mereka. Jangan sekali diungkit semula semua dosa dosa yang dahulu dialunkan oleh PAS. Kini mereka suci seperti baru dilahirkan.
Muhammad Hj Muhammad Taib, bukan binatang politik yang biasa, beliau licik dan bijak dan atas sebab itu beliau boleh terlepas dari pelbagai tuduhan yang tidak dapat dibuktikan termasuk tidak berapa faham bahasa Inggeris ketika memikul duit berjuta juta di Australia. Beliau dikhabarkan mempunyai kekayaan yang luar biasa termasuk mempunyai tanah beribu ribu hektar di Australia. Beliau malah dikhabarkan pernah meminta untuk menjadi Rakyat Australia, tetapi kerana gagap bahasa Inggeris, maka permohonan beliau belum diluluskan.
dikhabarkan ketika beliau mengisi ruangan sex : ___________ beliau tidak mengisi perkataan Male or Female sebaliknya menulis YES I Like!..hehehe. Joke aside, Mike Tyson adalah antara figura yang sangat dibenci oleh PAS, kerana kebolehan beliau mengatasi Stopa The Spender Man, cuma waktu itu teknologi CCTV tidak menyeluruh jadi tidak ada bukti video besi, sebaliknya legenda kebolehan upayaan beliau menjadi mitos mulut ke mulut sahaja. Mengikut legendanya ketika beliau mendatangi seorang jelitawan disebuah lokasi rahsia, jeritan jelitawan tersebut kedengaran ke seberang jalan!.
Cerita Ceriti di SINI
Cerita Ceriti di SINI
Aku tahu serba sedikit cerita kehebatan beliau sebab aku berkawan dengan inner circle beliau, salah satu kaedah beliau menyakau wang negeri ialah dengan menubuh Yayasan. Kalau sesiapa berminat siasatlah Yayasan FAS dimana beliau adalah Penaung Seumur Hidup. Yayasan ini ditubuhkan seolah olah sebagai satu bahagian Football Association of Selangor, tetapi beliau adalah Pengerusi Seumur Hidup jadi Yayasan tersebut secara praktikalnya adalah harta bapak dia. Atas nama Yayasan, Kerajaan Negeri telah menganugerahkan sebidang Tanah di Kelana Jaya untuk tujuan pembangunan sukan serta bantuan kewangan berjuta juta dimasukkan kedalam akaun Yayasan. The rest is history...
Tetapi apa yang penting adalah setelah semua itu, anda masuklah Parti PAS, dan dosa dosa anda semua diampunkan. Jika anda bercakap tentang keburukkannya segera akan dibalas dengan ayat ayat alQuran yang melarang membuka aib. Jika anda masih berdegil akan berbondong bondong ustaz ustaz facebook mengingatkan anda...Tetapi kelebihan itu terpakai hanya kepada ahli PAS sahaja ye.
Khir Toyo are you ready?
Saturday, April 13, 2013
PAS...Islam hanya sekadar jenama
Agama mengajar kita bertunjang kepada kebenaran sekalipun ia tidak memihak kepada kita. Sepanjang sejarah Islam, telah banyak kajian dan buku di hasilkan oleh para ilmuan terkenal tentang adab adab menjadi seorang muslim.
Bila seseorang menubuhkan organisasi berpaksikan Islam, biasanya organisasi ini kan bertunjang kepada dua aspek iaitu politik atau dakwah atau kedua duanya. Bagaimanakan seseuatu organisasi itu di kenal sebagai organisasi bertunjangkan Islam? dari Namanya kah ? atau dari aktivitnya kah? atau dari adab keseluruhan pimpinan dan jemaahnya?
PAS sebagai organisasi politik yang memakai nama Islam, tetapi sepanjang kewujudannya telah menimbulkan perlbagai kesukaran dan tafsiran yang mengikut acuan politiknya sehingga menyumbangkan kepada perpecahan ummah.
Berikut adalah beberapa tabiat dan tindak tanduk PAS yang menggambarkan parti itu tidak lebih dari organisasi yang menggunakan Islam untuk berkuasa dan tidak berniat langsung untuk menegakkan panji panji Allah diatas muka bumi ini...
1. Amanat Hj Hadi
2. PAS dan Fitnah terhadap Anwar Ibrahim
3. Dapat pahala hanya dengan melihat wajah Tuan Guru
4. Sembahyang orang UMNO tidak dapat pahala
5. Nik Aziz dan Doktrin Penghapusan Dosa
6. Suka memfitnah dan menimbulkan aib muslim yang tidak sehaluan
7. Doktrin Negara Islam yang di delete dari Objektif parti
8. Berdolak dalik terhadap hudud
9. Memfitnah UMNO menolak Islam
10. Memungkiri janji dan berbohong
11. Curang dalam memegang amanah
12. Menjadi penyokong golongan LBGT.
Mengapa penulis beria-ia menyerang PAS dan bukan UMNO ? Hakikatnya UMNO tidak sempurna dan banyak kesilapan. Banyak kesalahan dilakukan oleh pimpinan, namun berbanding PAS sumbangan kepada pembangunan ummah dan Islam melebihi dari apa yang PAS dapat sumbangkan.
PAS tidak lebih dari sekumpulan munafik yang berjubah dan menggunakan ayat ayat Al Quran sebagai gula gula. PAS sebenarnya tidak berminat kepada kebenaran dan dengan mudah berbohong dan memfitnah untuk menyelamatkan diri.
Apabila tersepit PAS segera menggunakan ayat ayat alquran untuk memberi alasan serta untuk jalan melepaskan diri. Kes Mustapha Ali menjadi contoh jelas betapa munafiknya Parti ini. Jika video tersebut menggambarkan pemimpin UMNO, segera sia dijaja sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan tanpa segan silu. Namun malangnya ia adalah tentang seorang pemimpin PAS. Video tersebut siap dengan gambar dan suara yang hampir mustahil dihasilkan secara super impose atau CGI.
PAS segera menafikan pengelibatanya dan menuduh UMNO tanpa mengambil langkah untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut. Ini berlainan dengan sikap UMNO yang akan mengambil tindakan walaupun lambat sedikit. Lihat sahaja Rahim Tambi Chik, Abu Hassan Omar dan beberapa nama lain lagi. Mereka semua akhirnya dijatuhkan dari tahta kepimpinan dan diganti dengan pimpinan lain.
Sebaliknya PAS mengambil sikap untuk meniru burung Kasawari dengan membenamkan kepalanya didalam pasir. Apakah itu dapat melepaskan PAS dari polemik video itu? PAS hanya nampak bodoh dan munafik kerana mata rakyat yang terbuka mindanya tentu dapat menilai. Tindakan PAS seolah olah menggambrkan dirinya maksum.
Aneh sekali..UMNO cuba bertahun tahun untuk meneutralkan PAS yang fundamentalis ( bukan ekstremis) tetapi tidak berjaya...DAP hanya mengambil masa tak sampai 5 tahun...PAS menjadi lebih liberal dari UMNO.
Parti Islam SeMalaysia?...

Subscribe to:
Posts (Atom)