Saturday, May 5, 2012

Dunia Dengan Dua Neraca Ukur

Aneh dengan sikap sebuah kumpulan manusia yang bercita-cita untuk jadi pemerintah dengan menjual slogan Bersih, Bertanggungjawab dan Telus (Clean, Accountable and Transparent). Bukan aku mempertikaikan hak mereka untuk mempunyai cita-cita sebegitu. Malah bukan aku mempertikaikan jika mereka akhirnya berjaya menjadi pemerintah, sebaliknya aku mempersoalkan hipokrasi mereka.

Apabila manusia mempunyai  dua neraca ukur untuk  satu situasi yang sama maka mereka ini adalah dari kumpulan yang kita sebut munafik. Jika bukan ada kalangan mereka melakukan satu kesalahan tertentu segera mereka menghukum dengan tanpa belas kasihan, tetapi jika seorang dari mereka malakukan dosa yang serupa, segera mereka bangkit dengan menuduh bermacam-macam terhadap yang membuat tuduhan, segera mereka datang dengan berbagai-bagau hujah dan dalil untuk menyelamatkan diri.

Aneh sekali kumpulan inilah yang sanggup bermatian untuk menuntut keadilan sejagat, kesaksamaan dan kejujuran, tetapi apabila mereka ditimpa masalah mereka dengan sedar memilih untuk tidak melihat dengan keadilan sejagat, kesaksamaan dan kejujuran. Semua ukuran itu tidak terpakai untuk diri mereka sendiri. Semua itu hanya terpakai jika ia melibatkan musuh mereka sahaja.

Pembohongan dibolehkan jika tujuannnya baik. Penipuan disunatkan jika suasana tidak mengizinkan kebenaran terserlah. Pengkhianatan tidak mengapa jika keputusan akhirnya baik (dari pandangan mereka). Lebig teruk jika semua iru dikaburi dan dihiasi dengan perasa-perasa keagamaan.

VIDEO HANYA BESI


Jika video menunjukkan mush mereka, segera ditakbirkan kebesaran ilahi yang menunjukkan betapa buruk tingkah lau musuh. Tidak ada sedikit pun soal sama ada ia konspirasi sesiapa, penipuan sesiapa atau lakonan oleh sesiapa. Malah tidak perlu video, hanya perlu seorang membuat tuduhan sahaja, maka sudah cukup untuk menjatuhkan hukum, tiada soal Qazaf tiada soal soal. Ia benar belaka


Tetapi bila ia melibatkan keluarga sendiri, segera dikeluarkan berbagai fatwa dan hukum bagi menunjukkan ia tidak dapat diterima. Malah didakwa pula ada pleakon dua serupa yang digunakan dengan perut dan misai menjadi bahan tempelakkan.


Bayangkan jika video-video dan gambar-gambar itu menunjukkan musuh mereka. Aku pasti sekali tidak ada sesiap menuduh pelakon dua serupa. Keputusan tentu sekali BENAR BELAKA.




BERKAWAN DENGAN SYAITAN ASAL SAHAJA DAPAT MELUPUSKAN MUSUH ISLAM?


INI ADALAH SATU STATEMENT YANG PALING TIDAK BERTANGGUNG JAWAB DARI SEORANG YANG DIGELAR ULAMAK DAN DIDAKWA TIDAK PERNAH TINGGAL SEMBAHYANG TAHAJJUD DAN DHUHA.


Seorang Nabi Agung yang di baling batu sehingga berdarah pernah ditawarkan oleh Jibrail pertolongan untuk menghancurkan kampung tersebut, Baginda malah menolak MALAH mendoakan yang terbaik untuk penduduk Kampung tersebut. 


Mengapakah begitu? Hakikatnya Islam tidak boleh ditegakkan diatas kebencian. Islam perlu ditegakkan diatas doa dan kasih sayang. 


Apakah hakikatnya jika sebuah negara ISLAM dapat ditegakkan dengan bantuan Syaitan? Ia adalah sebuah negara ISLAM milik SYAITAN!. Kita bisa sahaja mendakwa syaitan TERSEBUT DIUTUS ALLAH!, TETAPI HAKIKATNYA BILA ALLAH MENGUTUS SYAITAN UNTUK MEMBANTU, TENTULAH YANG DIBANTU ITU JUGA SYAITAN. BUKANKAH ITU JANJI SYAITAN KEPADA ALLAH?


Dan mereka ini mendakwa mereka adalah bayang bayang Khalifah-Khalifah besar Islam terdahulu!

Kini puak-puak ini turun kepadang untuk merampas kuasa dan bergabung dengan orang orang atau kumpulan yang jika musuh mereka melakukannya akan segera dihukum dengan hukum menentang agama Allah. Disitu maksud berkawan denga SYAITAN untuk menegakkan hukum Allah.

Mereka terpaksa menutup sebelah mata dari memandang kelakuan syaitan tersebut  asal sahaja mereka berkuasa.

Dan mereka sibuk menuduh rakan rakan mereka dari sebalah sana sebagai SYAITAN BISU.

Begitulah anehnya jika kita mempunyai dua neraca untuk mengukur satu situasi yang sama....











Monday, April 30, 2012

Malaysia hendak Di 'Syria' dan' Libya' kan oleh CIA?

Bayangkan Senario ini:

PRU 13 BN yang di tunjangi UMNO menang di Parlimen dan membentuk Kerajaan. PR hanya menang di Pulau Pinang dan Kelantan sahaja dengan majoriti yang lebih rendah. PR segera mengumumkan bahawa mereka tidak menerima keputusan pilihanraya kerana mendakwa ia tidak BERSIH ( Buat apa susah susah Demo kalau mereka masih menerima keputusan SPRkan?).

PR dengan diketuai oleh Anwar Ibrahim dan disokong dari belakang oleh NGO-NGO yang dibiayai oleh Amerika ( Baca CIA) segera turun ke Dataran Merdeka atau di KLIA ( strategi ini lebih ekstrem)  dan berkhemah disana menuntut pilihanraya diadakan semula dengan di kendalikan oleh kuasa yang bebas ( baca PBB atau Commonwealth). Kira kira 100 ribu orang turun dengan memakai baju kuning.

Pasukan keselamatan ( Polis) segera bertindak dengan cuba menyuraikan dan berlakulah pertempuran dengan kecederaan dan kematian (mungkin). Alam siber akan dipenuhi dengan gambaran kezaliman polis Malaysia . Tunjuk perasaan segera menjadi pemberontakan (senjata dibekalkan oleh CIA)  diatas nama mempertahankan diri , lebih banyak kematian berlaku dikedua-dua pihak ( lihat Syria).

Setiausaha Luar Amerika mengeluarkan kenyataan menggesa Malaysia menghentikan keganasan. Pemberontakan semakin rancak dan ganas begitu juga tindak balas pasukan keselamatan. Kematian semakin banyak. Majlis Keselamatan masuk campur dibawah slogan (Responsibilty to Protect)

Selebihnya ikuti apa yang terjadi di Tunisia, Libya dan Syria...

US Sponsored Protest Movement In Malaysia


Sunday, April 29, 2012

PRU 13 peluang terakhir Anwar utk Jadi PM.

Anwar Ibrahim lahir 10 Ogos 1947 akan berumur 65 tahun pada tahun 2012. Jika beliau gagal ke Putrajaya pada PRU 13 beliau perlu menunggu sekurang-kurangnya 4 atau 5 tahun  tahun lagi untuk Putra Jaya  iaitu ketika usia beliau 69/70 tahun. Satu usia yang terlalu lewat bagi beliau untuk menikmati kuasa yang beliau idam-idamkan. 

Memahami sifir itu akan segera membuat kita faham mengapa Anwar begitu terdesak untuk menjatuhkan kerajaan BN secara pilihanraya atau jalanraya. Beliau  bersungguh sungguh untuk menanamkan peresepsi bahwa pilihanraya di Malaysia adalah berat sebelah, tak kisahlah hakikat bahawa Parti beliau memrintah di empat negeri.

Anwar adalah kekuatan PR. Tanpa Anwar DAP dan PAS sukar untuk diduduk semeja atau tidur sebantal sebab mereka harus melangkah mayat masing-masing terlebih dahulu sebelum falsafah dan polisi mereka dapat disefahamkan. Awar adalah  jurunikah  kepada  perkahwinan yang pelik ini.

Strategi BN sebenarnya mudah sahaja, mereka perlu menang dalam pilihanraya ke 13 bagi memastikan Anwar terpaksa menangguhkan cita cita beliau sehingga beliau berusia 70 tahun . Dalam usia 70 tahun nafsu biasanya dan merudum dan kudrat pun macam kuda patah kaki . Rasanya untuk mendapatkan kemenangan majoriti mudah bagi PRU 13 ini bukanlah sesuatu yang sukar. 

Oleh yang demikian kita faham mengapa Anwar beria-ia untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang melalui persepsi. Jika PR tewan pada PRU 13, beliau denga mudah boleh menuduh pilihanraya yang ada tidak BERSIH kerana persepsi tersebut telah ditanamkan lebih awal. 

Kemungkinan besar Anwar akan membawa kekalahan beliau ke jalanraya dan selanjutnya kita boleh lihat Tunisa, , Mesir , Libya dan Syria. Model yang paling mungkin adalah Tunisia. Di Tunisa salah satu individu yang dibenci adalah isteri Presiden kerana sikap beliau yang boros. Kita pun tahu siapakah perempuan yang paling Anwar benci di Malaysia pada ketika  ini ( Selain Ummi Hafilda).

Jika Anwar dan pengikutnya turun ke jalan raya, sebarang tindak balas dari pemerintah akan segera di klassikasikan sebagai keganasan melampau dan kawan-kawan beliau di Amerika atau di Australia akan segera menLIBYAkan Malaysia...

Sebenarnya kenyataan DS Nizar yang mendakwa DS Najib meminta Tentera mengambil alih kuasa jikalau BN kalah adalah satu 'preemptive move' sebagai 'diversion tactic'. Ini kerana PR berkemungkinan besar akan turun ke jalanraya jika mereka kalah. BERSIH adalah 'dry run' untuk meihat seramai mana rakyat yang sanggup turun bagi membela mereka.

Kenyataan Nizar tidak mengambil fakta bahawa arahan tersebut perlu datang dai SPB Agung baru tentera boleh mengambil apa-apa tindakan. 

Apapun  demonstrasi BERSIH pada Sabtu tadi merupakan petanda yang umat Islam semakin terbelah dua. Satu yang cenderung kepada UMNO dan satu kepada PAS. Satu menuduh yang satu kafir manakalan yang satu lagi menuduh lawannya sesat. Perpecahan ini semakin membesar dan semakin tidak boleh dibaiki. 

...





Saturday, April 28, 2012

Seorang Anggota Polis Syahid?

Aku ada menerima mesej mesej pendek yang mengatakan seorang anggota polis terkorban ketika melaksanakan tugasannya. Malam ini aku menunggu pengesahan dari berita rasmi kerajaan berkenaanya tetapi setakat ini tiada pengesahan dari TV atau Bernama jadi aku tak menganggap berita ini sebagai definitif. Aku sangat berharap tiada sebarang kematian berlaku.

Tetapi jika benar ada kematian berlaku amatlah dikesalkan. Persoalannya jika kematian itu datangnya dari kalangan anggota polis adakah kereka dianggap syuhada oleh PAS sebagaimana mereka dengan pantas melabelkan kematian allahyarham Baharom sebagai syuhada pada Bersih 2.0 lalu?







Friday, April 27, 2012

KJ - Akhirnya UMNO temui Intan Terpilih?

Ketika KJ dipilh sebagai Ketua Pemuda UMNO beliau dilihat sebagai Pemenang yang tidak menang. Beliau tidak dipercayai malah dibenci sebahagian fraksi UMNO. Malah  kumpulan Presiden sekarang juga tidak menampakkan kepercayaan penuh kepada beliau. Beliau langsung tidak diberi jawatan dalam kerajaan sebaliknya Timbalan beliau yang diberi pangkat.

Samada disengajakan atau kebetulan KP UMNO yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan memberi beliau peluang untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran  luaran dengan lebih baik.

KJ membuktikan keupayaannya berbanding dengan mana-mana KP parti lain samada PAS, PKR, DAP atau parti kelompok BN. Keupayaan dan kesediaan beliau berdebat dengan parti pembangkang  serta kebolehan beliau berdebat di Parlimen memberi imej segar kepada UMNO.

Beliau sekurang-kurangnya berjaya menumpulkan serangan serangan yang dihalakan kepada Kerajaan. Kini ramai yang mula yakin dengan karismanya sebagai KP UMNO yang berwibawa. Jika Bapa Mertuanya menjadi liabilti kepada UMNO, beliau pula sebaliknya menjadi aset kepada UMNO.

Kadang-kadang takdir ini pelik permainannya. Bayangkan jika KP UMNO sekarang adalah Dato' Khir Toyo atau Dato' Mukhriz mahathir...tentu UMNO kini lebih menggelupur digempur Ambiga..

Monday, April 23, 2012

Edisi Merapu TIBAI dan CIBAI

Maka rasmilah penubuhan TIBAI ( Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) hasil usaha sekumpulan manusia yang pernah bersama-sama DSAI, tetapi telah menemui "Jalan Pulang". Belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara (setakat yang aku tahu) dimana satu pertubuhan ditubuhkan dengan objektif jelas untuk menolak satu-satu individu tertentu sahaja. Tetapi inividu bernama Anwar Ibrahim ini bukan individu  biasa, dia seorang yang luar biasa, tak banyak manusia sehebat beliau. Dalam usia  64 tahun  beliau mampu menunggang kuda selama lebih 30 minit tanpa berhenti untuk  berehat. Beliau telah diberi pelbagai gelaran seperti ANUgerah Tuhan (God Chosen) dan Imam Mahadi.

TIBAI mungkin mempunyai tempoh hayat pendek   sebab objektif yang sangat terhad atau mungkin setakat sampai PRU sahaja dan mugkin selepas itu akan terkubur kerana  objektif tercapai atau dikuburkan sebab objektif tidak tercapai ( aku tak rasa DSAI akan memberi izin TIBAI menibai beliau dari belakang jika beliau bejaya  ke Putrajaya).

Jika ada kumpulan yang menolak Anwar Ibrahim tentulah ada kumpulan yang menyintai Anwar Ibrahimkan. Kumpulan  ini  belum  menubuhkan  persatuan  rasmi  lagi  tetapi rasa aku nama yang  patut  adalah  CIBAI ( Cintai Individu Bernama Anwar Ibrahim). Walau pun PKR ditubuhkan khas untuk memastikan Anwar ke Putrajaya.  PKR berselindung disebalik keadilan untuk mencapai Objektifnya. CIBAI lebih 'direct to the point'.

CIBAI  lebih tersebar sifatnya. Pengikut  CIBAI  ada di merata dunia. Dari Timur ke Barat, Utara ke Selatan. Di Malasyia sendiri  mungkin hampir separuh pengundi (berdasarkan PRU 2008) adalah pengkikut CIBAI.

Jadi memandangkan TIBAI hanya dapat menari 3000 pendokong, tentulah TIBAI tak akan kemana-mana bila berhadapan dengan pengaruh CIBAI. Aku rasa pendokong-pendokong TIBAI pun tahu setakat mana kempen mereka boleh mempengaruhi rakyat marhaen. Penyokong CIBAI  kebanyakkan adalah penyokong tegar yang tak mudah layu oleh sedikit goncangan. Impak TIBAI sagat minima selain riuh rendah sebelum pilihanraya  semata mata sebab semua orang kuat TIBAI tak winnable belaka.

Suasana politik Malaysia dah semakin merapu...