Sunday, February 27, 2011

Tak Boleh Kah Kita Bersaing Secara Sihat?



Sekalipun aku tidak bersetuju dengan PAS dalam banyak hal dan hala tuju yang dibawa mereka. Aku amat menghormati istiqamah mereka dalam memperjuangkan apa yang mereka percaya. Asas demokrasi adalah bersetuju untuk tidak bersetuju seperti kata ahli fikir tersohor "aku tidak bersetuju apa yang engkau katakan tetapi aku akan mempertahankan hak mu untuk bersuara sekalipun dengan nyawaku". Maknanya kita boleh tidak bersetuju tanpa perlu menjatuhkan maruah satu sama lain.

Apa bila kita sudah sampai ke satu peringkat menjatuhkan maruah lawan kita maka akan sampai waktunya kita akan dilayan dengan perkara yang sama.

Apakah hak kita untuk memalukan dua pemimpin tersohor Pakatan Rakyat ini sebegitu rupa? Kita tidak mempunyai hak sama sekali untuk memalukan mereka sebegitu sekali. Apa yang hendak kita ajar kepada anak-anak kita?

Pemimpin UMNO yang terlibat perlu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan yang memalukan ini. Mereka perlu meminta maaf kepada dua pemimpin yang terlibat kerana ini sudah berada diluar batas susila orang-orang Melayu.

Jika UMNO yang melaungkan perpaduan Melayunya secara inkhlas, hal ini hendaklah diatasi segera.

Kadang-kadang aku pelik dengan sikap orang Islam ini baik dari UMNO atau PAS. Apabila berbalah mereka berlebih-lebihan sehingga sampai ke tahap berpatah arang dan berkerat rotan.

Salam untuk Pemimpin yang dimalukan...

Thursday, February 24, 2011

Kos Sara Hidup Bakal Meletup?

Wajar untuk kita renungkannya. Baca disini

Juga lapuran ini disini

Perkara-perkara ini tidak dapat dielakkan dan akan berlaku juga akhirnya di Malaysia. Jangan asyik kita bercerita dan berkelahi tentang siapa yang Islamnya lebih baik kerana ujian sebenarnya belum datang lagi.Ketika manusia diuji Tuhan antara perutnya dan agamanya maka banyaklah yang akan menjadi kufur.

Malaysia perlu satu revolusi tetapi bukan seperti di Libya, Egypt atau Tunisia. Kita perlu satu revolusi pemikiran serta pendekatan.

Malaysia perlu menjadikan setiap inci tanah pertaniannya produktif supaya kita dapat menampung permintaan makanan tempatan. kalau anda ke Melaka atau Negeri sembilan anda akan dapat perhatikan banyak tanah-tanah bekas sawah padi yang terbiar tidak diusahakan. Ini amat merugikan negara.

Kita harus bertindak segera..

Sunday, February 20, 2011

PAS ada agenda Nasionalis?

Tersenyum simpul penulis membaca 12 jaminan PAS untuk malaysia baru. Tak payahlah penulis nak link kan sebab bersepah-sepah kat internet, pembaca boleh cari sendiri. Aku tersenyum kerana kebanayakkan agenda yang dinyatakan itu berbaur nasionalis. Setau aku PAS amat fobia dengan hal-hal nasionalis ni.Pantang bagi mereka ..Assabiyah.

Maka benarlah dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa PAS adalah parti berasas agama yang nasionalis bukan parti berasas agama Islam yang sejagat sifatnya sebab ia menyempitkan perjuangannya kepada ruang lingkup sempadan Malaysia.

Tak sampaipun seminggu seorang pembesar PAS mendakwa hukum Negara Islam tidak ada dalam agenda PAS ( kenyataan ini untuk memenangi hati rakyat bukan Islam) dan kini PAS mengeluarkan janji untuk membela orang Melayu (Kenyataan ini untuk memenangi hati orang Melayu), maka jadilah PAS parti cicak- yang akan bertukar warna mengikut suasana diamana dia berada.


PAS ada menyatakan bahawa is akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja. Aku sangat berharap yang tergolek-golek depan kereta Sultan Perak kat Kuala Kangsar hari itu bukan ahli PAS. Mungkin ahli DAP yang berkopiah kut...

Satu lagi janji PAS adalah ia akan beristiqamah menghayati Islam dalam kerangka PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Ini suatu statement yang sangat penting kerana PERLEMBAGAAN MALAYSIA adalah perlembagaan SEKULAR!!!PAS mengakui dan mengiktiraf PERLEMBAGAAN MALAYSIA yang sekular sifatnya. Demikian apa bezanya PAS dan UMNO?

UMNO bukan parti sempurna, tetapi banyak dari apa yang dijanjikan oleh PAS telah dilaksanakan oleh UMNO sedagkan PAS dalam tempoh berpuluh-puluh tahun ini keliru dengan pakaiannya. Pada suatu peringkat kafir bagi UMNO bersekongkol dengan bukan Islam untuk memerintah negara kerana ambil agama sekerat-sekerat.

30 tahun kehadapan PAS sudah mula memakai pakaian UMNO. PAS sudah jadi market oriented, mereka memasarkan produk ikut pasaran. kalau benar ISLAM adalah asas perjuangan tarbiyyahkan kami tanpa kira ada undi atau tiada undi. Tetapi bagi PAS undi lebih penting. Kalau perlu jadi nasionalis mereka akan jadi nasionalis seprti musuh mereka. Hehehe Tun Mahathir tersengih membaca janji PAS ni...Dia dah buat sebahagian besarnya 22 tahun lebih awal dari PAS...


Cuma satu soalan aku nak tanya, kenapa tak mulakan janji untuk Malaysia baru ini di Pulau Pinang. Dimana PAs ketika gerai-gerai orang Islam di robohkan?

Salam untuk Islam nasionalis dalam PAS.

Wednesday, February 16, 2011

TERAJU AKAN JADI SATU LAGI KAPAL KOREK KRONI???

Penulis tersenyum simpul membaca temuramah ketua TERAJU (klik sini) dengan Utusan Malaysia pagi ni. Hakikat bahawa ia diterajui oleh bekas orang kuat MAVCAP dan kita semua tahu apa MAVCAP buat selama ini menjadikan aku sangat skeptikal dengan langkah kerajaan ini.

Aku rasa Kerajaan sebenarnya bukan ikhlas hendak memajukan usahawan bumiputra. Sebabnya kerajaan tidak seperti dizaman Mahathir dahulu, lebih banyak mendahulukan mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi berbanding dengan falsafah sebenar membangunkan ekonomi bumiputera.

Kerajaan tidak memerlukan badan tambahan seperti TERAJU kerana dahulu kita mempunyai kementerian khas untuk melakukan usaha tersebut. Kalau Najib masih ingat ia dinamakan KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN!.

Dalam temuramahnya dengan Utusan, Ketua TERAJU ada mnyatakan bahawa TERAJU akan mengenal pasti individu yang terlibat dalam GLC bagi dibantu dan dipacu bagi menubuhkan syarikat mereka.

Umum tahu bahawa individu di syarikat GLC banyak yang sudah kaya raya kerana mereka berada dilubuk membuat duit. Jadi adalah suatu yang amat sinikal untuk membantu mereka yang sudah kaya menjadi lebih kaya.

Banyak usahawan melayu yang sudah bergiat dalam berbagai industri yang boleh dibantu tetapi Kerajaan tidak langsung memandang mereka sedangkan mereka sudah pun bertapak dengan inisiatif sendiri.

Sebagai contoh penulis sendiri telah bergiat dalam perniagaan selama lebih 10 tahun tanpa bantuan kewangan sedikitpun dari Kerajaan. Terkial-kial mencari 'financing' sendirian setiap kali ada projek projek yang memerlukan pembiayaan. Hendak harap GLC seperti CGC atau bank..usahkkan hendak melayan kita dengan penuh maruah malah membakul sampahkan malah dokumen yang dihantar dan tidak mahu menjawab panggilan langsung walau mesej ditinggalkan kepada PA mereka.

Sebenarnya TERAJU hanyalah satu alat sahaja untuk menyalurkan ratusan juta ringgit kepada kroni. Malangnya pada UMNO kroni ini bukan semestinya kroni UMNO. Manusia yang meneraju GLC ini adalah manusia yang tidak percaya kepada apa-apa ketuanan kecuali ketuanan Ringgit dan Dollar. Lihatlah bagaimana bongkaknya mereka ini melayan orang-orang UMNO. Banyaklah yang akan gemuk nanti....

Ini satu lagi Drama yang akan membenamkan UMNO...

Salam kepada yang beruntung ...

Sunday, February 13, 2011

OPs Piramid buktikan keupayaan Tentera Malaysia

Jika Ops Piramid menjadi kayu pengukur kepada kebolehan perancang perang Malaysia ( war planers) menangangi krisis maka kita di Malaysia boleh berasa senang hati dengan kemampuna mereka untuk menyiapkan rancangan pertahanan negara dari ancaman luar. Penulis percaya MKN (Majlis Keselamatan Negara) telah membuat perancangan yang teliti dalam jangka masa yang sangat singkat. ini menunjukkan pegawai-pegawai keselamatan kita tidak tidur dengan situasi dinamik diluar negara.

Bukan untuk memuji berlebihan tetapi ketangkasan serta keupayaan Malaysia menggerakkan sistem pertahanan menyeluruh dan ketepatan jangkaan serta keupayaan menggerakan aset-aset yang boleh dikerah diwaktu kecemasan menunjukkan sistem kita telah teruji dengan baik.

Malaysia bermula 3 hari lewat dari Indonesia namun ketika Indonesia masih terkial-kial untuk membawa masyarakat mereka pulang, operasi malaysia malah berjalan dengan lancar. Hal ini sebenarnya diperhatikan oleh masyarakat Indonesia dalam laman-laman blog serta chat mereka. Malah ada yang memberi komen otah jajahan belanda tidak sama dengan otak jajahan british!.(klik sini)dan(Sini)

Penulis tidak mahu menilai justifikasi Ops Piramid ini dari segi perlu atau tidak ia dilaksanakan kerana kewajaran itu mungkin dipengaruhi pertimbangan-prtimbangan lain yang diluar skop pertahanan semata-mata.

Penulis melihat Ops Piramid ini sebagai satu 'trial run' bagi menguji kebolehan kita menyiapkan pelan tindakan kecemasan disaat genting dalam waktu yang singkat.

Jika dilihat dari sudut itu semata-mata, maka keputusannya adalah lulus cemerlang.

Friday, February 11, 2011

War Machine -The UCAS is here



America's next war will be fought by Play station generation, where killing is just an image on TV screen!.

Friday, February 4, 2011

Wednesday, February 2, 2011

Siapa PAS kalau bukan untuk Negara Islam?

UMNO berdiri diatas premis Ketuanan Melayu. Sebenarnya secara tersirat hampir semua orang Melayu tahu makna ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu mendasari falsafah perjuangannya, tak kira apapun tafsiran orang Melayu lain. Biarpun ditertawakan atau dicemuh UMNO tetap berpegang kepada Keyuanan Melayu. Tanpa Ketuanan Melayu UMNO tidak ada premis untuk wujud.

Benar banyak penyelewengan oleh pendukung-pendukung UMNO. Banyak yang kaya raya diatas sebab sebab yang tidak dapat dijelaskan namun UMNO tetap memainkan peranannya menjaga Ketuanan Melayu dan glolongan Melayu lain dengan berbagai-bagai program program yang disusun untuk membantu golongan Melayu tidak kira apapun pegangan poltik mereka. Ramai anak-anak pendokong PAS measuk asrama penuh, dapat biasiswa , malah projek-projek kerajaan.

Bagaimana dengan PAS? Kita pun tahu PAS bergerak atas dasar apa. PAS memperjuangkan DASAR ISLAM. Perjalanannya kearah memastikan ISLAM sebagai pegangan NEGARA bukan pegangan penganutnya semata-mata. PAS memperjuangkan NEGARA ISLAM. Benar, tiada Negara Islam dalam perlembagaan PAS, sebabnya adalah semasa PAS ditubuhkan PAS adalah pecahan dari UMNO!. Tetapi PAS kemudiannya diambil alih oleh golongan ulamak yang terdidik dari Timur Tengah yang memasarkan NEGARA ISLAM sebagai produk PAS.

Itulah yang jadi bahan jualan mereka untuk mencari pengaruh selama 30 tahun lebih. malah UMNO dikafirkan dan diharam syariekan kerana Negara Islam...

Kini ada Pemuka PAS mendakwa PAS tidak mungkin menegakkan Negara Islam? Kalau bukan untuk Negara Islam untuk apa PAS wujud lagi?. Dah bermacam fitnah ditabur dan dilemparkan semata-mata kerana Negara Islam. Dah berbagai bagai penipuan dilakukan demi mencapai hajat Negara Islam. Stelah PAS memerintah dua negeri, tiada bayang-bayang Negeri Islam yang timbul. Malah ketika Lee Kuan Yew meminta orang Islam supaya tidak berpegang sangat kepada Islam..ada pemuka PAS mendakwa itu lebih baik dari Islam Nasionalis...aduh...

Aneh sungguh kini Tiada Negara Islam dalam agenda PAS...aneh..aneh..aneh