Thursday, March 11, 2010

Ada apa dengan Natrah?

Maka hebohlah satu Malaya tentang kisah cinta Natrah. Dibukukan, diteaterkan dan malah dengarnya novelnya dicadangkan akan diajarkan di sekolah-sekolah Malaya.

Soalnya ada apa dengan Natrah, apakah yang signifikannya dengan Natrah atau ia hanya menjadi satu lagi acara PR yang akan padam dimakan masa?

Apakah yang cuba digambarkan secara halus? bahawa jikalau kita hidup dibawah kekuasaan orang lain, anak-anak kita boleh di rampas seperti pihak berkuasa Singapura merampas Natrah?

Natrah adalah tragedi orang Islam Singapura, ia kisah kehidupan rakyat singapura. Biarlah ia mejadi kisah rakyat Singapura. Tak usah kita sibuk-sibuk cuba menjadikannya tragedi rakyat Melayu. Nanti kita dituduh mencuri lagi...

Banyak kisah tragedi umat Islam yang boleh kita ketengahkan. Saudara-saudara Islam kita di Gaza, Iraq, Afghanistan dan kini Iran akan menjadi sedang dan akan menjadi mangsa permainan kuasa-kuasa barat. Kisah Natrah terlalu kecil jika dibandingkan dengan tragedi yang sedang dan bakal menimpa umat Islam kita.

Masalahnya dengan pemimpin politik Melayu kita adalah mentaliti yang terlalu kecil atau terlalu 'grandios'. Kita tidak melihat perkara-perkara yang berlaku didunia ini dengan perspektif yang betul. Kita terlalu banyak melihat dari mata tempurung dan tidak dari mata burung.

Kita terlalu taksub untuk mengekalkan kuasa atau merebut kuasa sedangkan kuasa yang ada semakin mengecil. Tidak ada seseiapa yang melihat kuasa yang ada akan menjadi tidak signifikan jika kita memecah-mecahkanya untuk menjadi raja dalam kelompok kecil. Itu sebab kita ada sampai sembilan Raja. Sebab masing-masing hendak menjadi ketua walaupun kelompok hanya sekangkang kera.

Atau mungkin kisah Natrah sebenarnya bayangan yang akan menimpa kita sedikit masa lagi???